Something ends because there is something better lined up in the future

Something ends because there is something better lined up in the future

Monday 15 June 2015

How To Travel To Universal Studio Singapore ?



Assalamualaikum semua :D
Okay so Ive been to my next destination where is Singapore
So tak lain dan tak bukan mestillah pergi Universal Studio kann haha so nak cerita sikit pengalaman and tips pergi travel ke negara orang. Walaupn Maaysia-Singapore tak banyak beza but a little may be to much kan

So my transportation pilihan adalah bas. Its up to you guys kalau nak naik Train. In my mom opinion yg dah pergi dua kali kalau naik train ni memenatkan kene berhenti banyak station bila smpai USS je dah x larat nak main. Lain lah bus dia berhenti dua tempat je tupon nak cop passport. Satu sempadan Malaysia satu lagi sempadan Singapore. Masa plus minus jam agi dalam sejam kot paling lama sejam setengah. So I pick Rajawali bus any info log on to :

Phone: 017-3477115 / 012-7684912
IG: rajawalibintang
FB: Rajawali Bintang Travel Sdn Bhd

Takk pon pergi je sendiri dekat office dia dekat Tune Hotel Danga Bay
Bagi aku ticket die org paling worth laa berbanding yg lain sebab dia provide 5 dollar meals and 5 dollar souvenir. Harga semua sekali RM195 tak silap. T&C applied :D

So tunggu bas pagi tu pukul 7.30 pagi and tunggu bas for balik pon 7.30 petang. So memang cukup la nak round satu USS tu hehhe

So my tips :
  • Bawak Rain coat sebab memang diperlukan kalau sapa yg suka control cun tu haha sebab nanti ade satu ride yg dia akan simbahkan korang air. Actually ade je Water Park tapi aku x masuk sebab masa tu tgh under maintenance. (so rugi)
  • Kalau nak pergi tandas. For Muslim kan kene beristinjak pakai air takkan la nak ikut die org yang pakai tissue je kan. Aku nasihatkan cari bilik air yang untuk OKU. Tengok kiri kanan gak jgn sampai kantoi kayh :D
  • Next to those yg beli ticket jimat (ticket biasa bukan express) mesti la korang kene beratur panjang kan. Sakit hati gak tunggu2 punya lama tgok2 habis masa situ je. Nak2 lag ade org yg express tu main sampai dua tiga kali. Haih tu mcm nak jerit jee. So aku nasihatkan pergi beratur Express Lane and kata kat org yg jaga tu korang nak naik single ride. Kalu rezeki baik tu haaa boleh laa jimat masa sikit.
  • Bawak cameraman. Banyak gambar2 yang boleh snap cantik2 tempat tuh.
  • My nice advice is bawak lah bekalan utk tengahari. Jangan membazir. Membazir amalan syaiton. >.< kau bayangkan satu meal dah 10 dollar kalau convert duit Malaysia hmmm. Memang lah kau kaya tapi berpada2 lah makan satu meal dah RM 50 then makanan pon sikit je. Tu bukan meal dah tu. Then kalau nak jugak mkn makan dekat restoran2 yang ade cap halal. Cari kat dekat depan pintu jgn main terjah.
  • Kalau rasa nak beli souvenir dekat situ (kalau sanggup) tukar duit dollar tu kat Malaysia. Jangan tukar dekat situ. Currency situ memang cekik darah. Maklumlah tempat pelancongan kan. So be prepared tukar siap2 dekat Malaysia.
 
15 $ per pax so better bawak bekal guys 

That place is really dope ! amazing gile. Dia dalam bulatan so x yah nak susah2 kejap pergi sini sana then ade tempat yg x dpt singgah semua. Jalan je satu bulatan. Semua dapat pergi. Pastu kalau boleh amik Map and Showing Schedule. Boleh tengok kalau ade Parade or Character yg buat persembahan masa tuh and korang pepandai lah manage ur time disitu kay :D memang terasa dekat Hollywood lah bila pergi situ. Teruja laa for me yang suka sgt Hollywood. Nak jumpa retis tapi x berpeluang lak jumpa Vin Diesel Charie Chaplin Pussy In The Boots Elmo je. Pastu ade lah persembahan BBoy punya street performance die org menari lagu Get Low OST Fast And Furius. Kalau korang ade rezeki korang leh jumpa reramai lagi hehhee. Jangan lupa cuba semua ride jangan takut. Antaranya Naik Evac dekat tempat transformer, Mummies Ride dekat Ancient Egypt, BattleStar Cyclon and Human dekat Sci-Fy macam2 aahhh tu antara yg gempak bagi aku haha.

Gambar x banyak sangat yg cantik well dulu kalau kat Korea ade Kak Suu Ye yang amik kan (hehee). Mama amik x cantik sgt (sorry mama). Hahaha. So if you want to see my picture visit la my IG or FB. Tapi I tak letak banyak sangat gambar kalau nak gambar pergi laa merasa sendiri USS hahaha.
Ni lah pengalaman best aku minggu ni hehe. Actually pergi Johor sebab ayah ade mesyuarat Pegawai Kanan JKR Malaysia. So ikut laa alang2 x sambung blaja lagi en. Bila dah start blaja kau tgoklah aku akan busy macam mana hmmmmm. Masa tu lah x dpt nak ikut kalau pergi melancong. Its okay hmmm

Best travel :D
Aku memang travelling family. Ye la family x reti duduk diam. Tu ahh terpikir gak nak balas jasa parents aku yg suka bazirkan duit bawak anak die org jejalan niyh. Haih nak kene blaja pepandai ni. Pastu jadi doctor cepat2 pastu boleh bawak die org jejalan oversea lak. So my next stop is India :D InsyaAllah seluruh wilayah India itu akan ku jajahi ceh

“Travel as much as you can, as far as you can, as long as you can.
Life is not meant to be lived in one place.”

Thanks for reading and have fun in USS :D
ADIOS :3

Friday 5 June 2015

My Choosen Pathway :D

Assalamualaikum. Alhamdulillah dada aku dah lapang sekarang.
Rasa macam dah tak terbeban dah. Lately ni rasa kemurungan yang melampau nak demam pon ada. What make me feeling that hectic was about the choices tht Im gonna choose whether Accountancy or Medicine. Dua2 aku suka actually. Im a flexible person. I love to learn anything and love to accept anything (except engineering cause I hate physic).

Instead of making a review about those two background studies, my parents also help me to choose. They about to call all their friends that were in those background and nasihat me about the careers. Alhamdulillah Im about to have a crystal clear about those massive jobs. Thanks to the seniors also that help me to figure out the choices. I really appreciate it.

If I were choosen to take Accountancy. I don’t have any basic actually. Nanti aku akan grad degree as an accountant biasa no chartered. So kalau nak ikutkan ramai dah accountant biasa. So If I were to pursue more to be chartered there will be much of exam papers that I have to pass. More work to do. More things to do. Complex. And furthermore this career is in a corporate world. My mom sendiri cakap (she is an accountancy grad) masa dia buat kerja dia asyik kene tipu2 je masa buat report financial sebab nak puaskan hati orang atas. Kerja Accountant (bukan semua) macam kotor sikit. Kene baik bawak diri. Entah laa. Mengikut pengalaman semua yang aku telefon, dia kata senang je nak grad tapi tuu lah nak dapat higher position tu kene pandai main2 politik sikit. So itu adalah pendapat aku pasal account. But if You were to take it don’t believe what I said. Its ony gonna bring you down. Hahaha believe in yourself if you think it is worth for you.

And If I were choosen to take Medicine. Kerja mulia sangat mulia. Ilmu sains ni dapat mendekatkan diri aku dengan Pencipta aku. Ilmu yang terdapat dalam Al Quran. Anything about you. Aku masa tengah sakit2 aku ada gak cakap dalam hati. Cepat a blaja medic nak tahu pasal penyakit aku ni. Tapi tu aah satu je kelemahan aku. Aku takut. Takut fail. Memang la aku nampak tough. Infact everyone said I can do it. But the truth is only on me. Belajar susah Kerja lagi susah. Tak de life. But then I read Diagnosis and Diangnosis 2. Doktor2 tu semua cakap memang tak da life. Tapi disebalik tu ada life bagi die org adalah melihat patient bangkit membuka mata dan mengucapkan terima kasih kepada mereka. Haih na nanges baca. Lagi satu things that I most fear is to see the patient dead and nak2 lagi aku yang silap diagnose. Haih tu lah aku takut nak jadi doctor.

Tapi tak pa ramai cakap it only take passion and patient towards your credibility. So after Istikarah 3 hari berturut2. Aku yakin dengan path yang aku pilih iaitu Medic. Ramai orang cakap susah tough bagai. But they cant make me down. Cause I know Allah is always with me. Semoga pilihan aku ini dipermudahkan. Semoga ramai beri aku kekuatan than make me down. Jangan lah semua org cakap susah2. For me macam SPM. Senior dulu cakap SPM susah dik! But then boleh je aku grad dari STJ with flying colors. Bukan nak cakap besar tapi fact. Its funny how people that never through this medic path cakap susah2. Ah bukan kau pernah blaja pon nak cakap bende susah. Belum cuba belum tahu babe.

Preparation of medical student :D

Aku amik pilihan ni sebab pilihan aku dari kecik. Walaupon sikit rasa terbeban tapi Allah kana de. Lagi satu aku nak jadi Doctor pertama dalam family (sebab dua2 belah family tak de doctor lagi). And lagi satu aku nak gembirakan ayah and mama yg nak sgt aku jadi doctor. Macam Fansuri cakap. Kekuatan dia adalah mak dia. Walaupon aku downkan dia tak yah amik medic( jahat gak aku) tapi instinct dia kata. Mak dia nak dia jadi doctor. Dia kata abang2 dia Berjaya sebab ikut cakap mak dia so dia pon nak jadi macam tu jugak. So I felt inspired laa jugak hahhaa.

So this is my choice, evethough blaja dekat India x seglamour blaja dekat new Zealand tapi nil ah pilihan aku, Seoga aku terus dapat inspired others and hopefully I can succesfuly grad from medical school and tulis buku maca penulis2 diagnosis. Till then Assalamualaikum :D

Nanti I share cerita I yang selanjutnya. InsyaAllah hehehe.

ADIOS :3 

Sunday 31 May 2015

Accountancy Student to-be


Alhamdulillahhhhhhhhh !!!
Rezeki Allah memang melimpah2. Tak tahu nak buat cemana dah. Hanya mampu sujud syukur masa tahu keputusan.
Terima Kasih Ya Allah. Betul lah org cakap rezeki manusia memang setiap org berbeza2. Cuma bezanya cepat atau lambat. Tapi ada. So jangan berputus asa.



Tawaran Petronas dah keluar and Akhirnya dapat jugak. Susah kot nak dapat. One in a million jugak nak dapat. Sebab dengar cerita petronas amik 5 orang je Accountancy. Haih cemmana lah boeh terpilih haha. Aku rasa aku buat main2 je masa group discussion pon enjoy2 jee haha. Rezeki. Alya and Fatini groupmate aku pon dapat gak just lagi dua org lelaki my group lost contact. Tak tahu nak tanya cemana. Anyways, aku dapat tawaran Accountancy. Prep dekat Taylors College orientation South Australian Matriculation (SAM) 18 bulan and will fly to New Zealand for 56 month.

Thanks to those yang doakan rezeki aku murah. Hmm another tawaran oversea which make me doubt. Mana satu nak pilih ni. Haih. Sedeyh nyaa kene pilih antara dua yang best. Kalau tolak petronas rasa macam rugi. Kalau amik petronas rasa macam sayang nak tinggal sains stream.
Aku kene buat Istikarah lah ni. Mudah2han Allah bagi aku petunjuk and semoga aku tak salah pilih. Ya Allah andai jalan yang aku pilih itu benar maka kau permudahkan lah dan agar aku tak menyesali nyaa. Till then Assalamualaikum :D

Stay tuned to my answer. Whether Accountacy or Medicine will be my choice.

ADIOS :3 

Tuesday 26 May 2015

Medical Student to-be

Alhamdulilah Alhamdulillah Alhamdulilah
Allah dah caturkan aku dengan masa depan yang sempurna.
Hmmm aku gembira sangat. Akhirnya Rayuan JPAMARA dah kuar shortlisted!!!

And jawapan nyaaaa :




Thanks to all yang doakan aku. Thanks to mama and ayah yang susah payah nak aku belajar luar Negara! And tercapai jugak impian aku dekat overseas hehehe eventho in India. At least dapat scholarship then akan bermula lah episode traveling aku yang aku nak sangat tulis dalam blog. Alhamdulillah :D Tak ramai yang tahu aku dapat tawaran ni. Haha nak surprise gitu. So sapa yang baca blog ni je lah yang tahu kahkahkah. And tahniah Malina sebab jadi org first yang tahu dikalangan sahabat2 aku. Aku saja x nak war2kan sebab aku kan ramai haters. Tak ramai pun nak tahu cerita aku so aku bercadang nak bagi dia org terbungkam terkejut beruk bila tahu aku dapat fly. I wanna show to them that eventhough korang treat aku as a loser but aku mampu berjaya #motivation.
Biar lah die org ingat aku selama ni belajar kat UKM je mampu. Hmmm nak die org tahu aku pun berhak berjaya. 



Hmmmmmmmmmmm… keluh panjang actually
Tak tahu laa aku still ade passion ke tak lagi dalam bidang ni. But I will try
I will never make their hopes down just because of me. I will be the first doctor in this big family. So guys please doakan aku dapat berubah sebelum menjejaki negara orang. Nanti sapa yang travel India nanti visit ah aku. Yelaa mainly batch aku semua dapat Europe aku je rase dapat India eh tak no no no ade lagi sorang but boys. Fansuri. Haihhh napa lah dia pergi USM KLE jugak. Dah laa sama prep dekat Kulim. Nampaknyaa 6 tahun lah dengan dia.

So next I will be in Kolej Mara Kulim Kedah for 10 month! So nanti satu college dengan taro and yb at least ade lah kawan from STJ. But why YB???? Kenapa dia ade skali. Tak nak ah cari pasal lagi ngn dia. But who knows aku ade lagi kawan yang aku kenal kann hahah. Hmmm nanti 5 tahun lah aku akan makan curry dekat India. Tapi hujan emas dinegara org hujan batu di negara sendiri lebih baik di negara sendiri. Never lupa asal usul!

So thanks for reading! Rasa macam lega dapat luah kan kegembiraan ini hehehe
ADIOS :3

Asasi Pintar UKM

Assalamualaikum semua :D
Wahhh dah lama x update so I felt like damn missing this blog
Lepasni dah start sambung belajar hmm hmm
(that means no more sleeping till noon)
So probability nak blogging lepas ni memang 50/50 lah
But InsyaAllah if I have a leisure time I will update from A to Z

So nak cerita pasal University sikit
As you all known 6 Mei haritu dah keluar keputusan UPU
So nak cakap tahniah la kepada sesiapa yang dapat pilihan dihati tu.
Alhamdulillah la dapat Asasi Pintar UKM!!!!
Ramai orang tanya ni “your first choice ke?”
Aku pun x tahu nak cakap cemana sebab masa apply tu aku main2 sebab x harap dapat study Malaysia pon (ceh bajet). But I guess so yang thins is my first choice. Ntah laa
Firstly memang bertuah jugak rasa dapat UKM tu yela dak2 intel je mampu masuk. Aku ni apelaa sgt hmm hmm. Tambahan pula University terbaik Malaysia Asia and World kann ceh.
Eva and Qiler pon dapat UKM jugak. Tu je la yang dapat sini.
Kalau masuk UKM kau lah paling muda situ sebab ade satu je asasi dekat UKM
Mungkin inilah pencaturan Allah terhadap masa depan aku. Alhamdulillah.
So aku banyak lah buat research pasal UKM ni and I found out memang bestla
Kalau korang dapat, TOLONGlaa pergi. HAHA tak tahu nak explain macam mana dah

ABOUT ASASI PINTAR

Dia program asasi for 1 year kalau ckp omputeh nye foundation. Terbahagi kepada dua sem
Bezanya dia dipanggil Pintar sebab ni untuk budak2 pintar ecey. Tak lah!
Bezanya silibus. Dia akan ade silibus2 yang degree students belajar. So bila amik degree dekat UKM nanti korang boleh carry credit tu and InsyaAllah korang punya degree akan short setahun but then dia depends kepada course jugak la. ASASI PINTAR terbahagi kepada dua:
Asasi Pintar Aliran Sains
Asasi Pintar Aliran Sains Hayat
So masa nak register tu korang boleh la pilih sendiri :D
Kalau waktu awal2 ditubuhkan dia ade test IQ macam UPNM ade temuduga tapi UKM ade IQ lah. Tapi sekarang dah tak de mungkin die org dah percaya serratus peratus yang dak2 yang apply ni memang dah di filter habis2an. Tapi kalau ade pun dia akan buat test IQ for profiling je.

Pasal bayaran (sensitive part). Korang just bayar sikit and selebihnya ditanggung oleh KPT
Kalau macam my intake I should pay RM1365 for Yuran pendaftaran and RM2065 for two whole sem. Yang lain dibayar oleh pihak kerajaan yang baik hati. Ceh. And jangan risau InsyaAllah akan dapat biasiswa and elaun duit saku akan diberikan (tu yg korang nak sgt). Best kot dekat situ sebab korang akan belajar dekat Fakulti Permata Pintar. So memang terasing drpd Degree Master and PhD. Tapi aku nasihatkan make a good friend with them. Yelah who knows dah besar nanti they will be a great man a great leader and mase tu lah boleh cucuk wayar. Ceh
Kemudahan kat situ kebanyakkan baru. Lab and classes air conditioned. So no worries ah dengan
khatulistiwa di Malaysia. Hmmm tu je la yang aku tahu sekang. Nanti I will up to date. Btw, sape yang akan jadi batch aku tu aku nak ucapkan warm welcome kepada korang! Nice to meet you :D

Thanks for reading.
ADIOS :3


Sunday 10 May 2015

Petronas Youngstars Day 2015 Experianced

Assalamuaaikum semua.
So today I wanna share about my experienced being interviewed for Petronas scholarship.
I guess this is the last interview for Pre U scholar for me. Dapat tak dapat tu rezeki lah kan. So I just try for it. Firstly korang akan dapat invitation ke Petronas Youngstar Day (PYD).
So actualy Im not expecting that this is the interview for scholar but it is! After so many research from previous blogs about PYD la.

So hari indah ini aku mengenakan baju tong gas kepunyaan Qist (hadiah actually).
And aku mengambil semangat Qist daripada baju tersebut ceh. Yela memandangkan yang interview pihak2 tong gas kan kahkahkah (gurau). And lepas subuh suam2 kuku tu aku terus gerak ke Taylors Lakeside College (mengharapkan Taylor Lautner tunggu depan pagar. Malangnya pak cik2 guard drpd Negara serumpun yang menunggu kedatangan ku)
Okay cut the crap. Hahaha. So dia banyak station untuk diinterview. Ade dekat KL ade dekat Sarawak. And setiap hari ade 100 lebih yang kene interview dekat setiap station and bayangkan kalau bende ni seminggu or dua minggu agak2nya berapa ramai yang mintak Petronas and agak2 probability nak dapat tu susah ke senang? So have faith. kebanyakkan yang interview dengan aku budak2 utara. So no doubt la. Kesian die org ade yang tidur hotel, tompang rumah sedara untuk sampai ke sini.

Okay firstly bende pertama aku buat baca doa. Then masuk lecture hall untuk registration.
And then they will give you a breakfast goodies then all of you will wait in another lecture hall. Duduk situ diam2 wifi alang2 free tu try reck the nerves dengan online. Tak pun prepare ape yang patut. Baca pasal case study ke ape ke.

Then when they asked you to ready that’s mean dah sampai laa masa nya. (after 2 hours menunggu akhrnyaaaa)Dubdabdubdab.then they will substitute you in numbers of group and in the group will be 4-6 peoples campur boys and girls.
So siapa rasa tak boleh nak kerjasama dengan different gender, sila lah jangan begitu. Buangla tabiat malu yg tidak bertempat dan be nice to others. Then the fasi will escort you to a preparation room. Its like an exam room. They will give you a piece of paper that contains the tittle of the case study. In my case, I got, ADS – Advertisment. Then you have to prep yourself. Alone with no help of internet.

They way of interview is in personally and in group. Then after preparation time, you will be escort to another room. Panjangkan perjalanan dia aduhh aku dah laa masa tu dubdab kene berjalan lagi.
Firstly they will ask you to enter the room one by one. And they will ask you some cliché question about yourself, your curriculums, and everything that are listed in the borang that u had isi masa daftar online. So be yourself and do as much as you could to sell yourself. Embrace yourself. Then they will ask you to give your opinion on the given task of the case study. Masa tu aku mula lah merepek mengaban semua. Apa yang aku cakap dan apa yang aku tulis is differ. Sebaiklaa yang interviewers tu semua laki (2 org). So cool je la kannn
After about ten minutes bersendirian,keluar and you have to wait for others member of your group being interviewed.
Masa tu aku sembang sakan lah ngan die orang. Alhamdulillah aku dapat group yang ramah kahkahkah. And ade la kite org sembang2 sikit pasal case study tu.

Secondly, after the last people in your group dah keluar, korang akan dipanggil semula ke bilik yang sama and in group korang akan duduk dalam bulatan atas kerusi discuss about all of your opinion and summary whether you agreed or not agreed. And only one person will have to present about the sum up so my nice advise is the person is you :D masa berbincang tu masa tuu lah kene jadi dominant. Jangan senyap je bila dah dalam group tapi jangan conquer lah.

my groupmate
Okay then after the interview session habis, #thatfeeling wahh lega gila! Pastu break time, makan disediakan and solat. Then get ready for the Assessments.

About the Assessments. Don’t worry they will never be in black and white. Nowadays they will use online test. And do visit Cambridge Assessments. Test yourself by doing the past year papers of TSA that was organized by Cambridge.
First is about a test on your quality and about yourself so you have to be yourself when you answering this questions. But be careful with time. They do kill! Kahkahkah
Next is TSA. Thinking Skills Assessments. My brother said that A levels students jer take part in this subject. So if you have a levels siblings do have their help in this assessments.
And also be careful with time. You may skip tough question and start over.

So good luck from me if you were chosen to go to PYD!
It aint easy and it aint tough but if you fully prepared InsyaAllah, Allah will help
Do more solat sunat and doa.

End of the day

Thanks for reading the gibberish of mine. Any Q&A can go to any social account of mine :D
 ADIOS :3

Wednesday 29 April 2015

Kelas Bersyukur

With every sun comes a new day and new beginning. I hope that things
will be better today than they were yesterday :D

Assalamualaikum.
Okay so entry pada hari ini adalah untuk menghukum diri aku sendiri
hopefully bila berlaku bende yang sama aku dapat mirror diri aku sendiri

Aku rasa sifat kesyukuran aku kepada Allah semakin lama semakin pudar
sebab tu ah zaman ni kene ade kelas bersyukur utk org2 mcm aku
arus modenisasi ni dah menggelapkan hati aku
kalau lah hati ni dapat dibedah dan dapat dicuci
dah lama aku clorox. so by this time aku cuba cuci dia ngan amal soleh
bukan nak berlagak alim. Tapi sampai bila kau nak berlagak kapir
So aku hope aku dapat jadi muslimah yang baik
macam kawan2 aku. Dulu duduk kat hostel slalu ingat mengingati
tapi skang ni bila hidup ngan family yang sesungguhnya busy
bukan parents dan family aku x mengigatkan aku (bukan salah mereka)
tapi sikap acuh tak acuh aku ni. 
hopefully cepat lah masuk U nak berubah. nak start life baru dekat sana,
(mungkin tu sebab Allah x hntar aku oversea kot)

Ya Allah sesungguhnya aku sudah terlupa kurniaan Mu kepada aku
aku menyesal sangat Ya Allah. Kalau lah ini cara kau menghukum aku,
Aku redha dgnnya dan semoga aku dapat mempelajarinya utk masa hdpan
Terima Kasih kerana sedarkan aku awal.

Farah, ni nasihat aku untuk kau!
(kalau yg lain nak baca okay je tak salah)
Lain kali kalau dapat rezeki yang org lain jarang dapat sepatutnya kau bersyukur
bukan nya kau post sana sini situ ckap tu ckp ni. Haish
berubah lah kau pikir hidup ni smooth ke?
hey, sometimes you up sometimes you down lahhh
(tapi kalau kau tersepit antara dua aku x dpt nak tlong)
Kau selalu nasihat org tapi kau buat jugak
(maaf aku bukan insan kamil)
Dapat tu terima je. Kalau tak dapat tu it means that Allah had a better plan for you.
aku bukan nak malukan kau dekat blog kau sendiri.
tapi aku sayang kau!
(aku pon syg diri aku)
So my last point jgn lah sedeyh2 banyakkan dekat diri kepada Allah.
mungkin Allah nak test kau.
tu lah bila tunggu sesuatu puas beribadat
bila dah dpt forget Allah. lain kali jgn lah mcm tu consistent lah sikit
Islam bukan sekadar di IC tapi islam di hati
so please dont go far beyond your limit.

How bad life may seemed to you, there's always a better thing you can do and succeed at 

sorry a bit emotional sikit sebab tu aku luahkan perasaan kat sini.
sebab aku dah x de telinga nak dgr masalah aku.
And sorry aku tak dapat bagi ceramah Islamic for this time takut lari
drpd Ahli Sunnah WalJamaah (erceyh)
tapi aku hope sgt dapat jadi org yang bagi ceramah islamik bukan sekular mcm ni
haha okay gurau no hard feelings

ADIOS :3

Saturday 25 April 2015

Hari Jubah Sedunia STJ

Assalamualaikum. Alhamdulillah
Well I write this entry sebab Jimbo kata dia nak baca. So hopefully dia berkata benar.
And this entry inspired by one of Matuthfi90's video.
Wahhh teringin gile nak grad overseas :(
tapi haritu baru menangis sebab 'Tidak Berjaya' for JPAMARA scholar
so hopefully you guys do send me a prayer :D

okay lets start :D
25 April 2015. Hari bersejarah STJ for SPM Grads
Aku rasa ni first time aku dilayan khas dekat sekolah
well umum mengetahui aku seorang yang low profile kalau high profile pon sebab aku prefect yang banyak buat kerja asrama *lah sangat*

So ni first time sekolah buat Graduation Day
 so ni acah2 mcm University punya hari graduasi lah
Aku bersyukur sangat dapat menyertai hari tu . Tapi high condolence to my others batch mates
sepatutnya sekolah buat ah untuk satu batch -_-
tapi x baik demand2 ade pon bagus.
Aku rasa bonda buat Raibos jadi benchmark ni sebab pencapaian korang jugak
 so nak cakap Tahniah to our batch.
Guys jangan kecil hati sangat yang x dpt join tuh leks lah
at least bangga lah ngn pencapaian sahabat2 korang
rezeki korang ade banyak lagi okay :D
so husnuzon lah dekat cikgu2 jangan menyalahkan sesama sendiri okay
#sayangkorang #muahciked

okay so  dia start dengan red carpet wuu merasa red carpet for the first time
maklumlah red carpet is for MT2 masa perhimpunan Isnin. 
tak layak lah masa dulu haha.
Then start dengan ucapan Puan Salwati sayangnyaa bonda x de
sebab EL sebab warded dekat KPJ aku pon tak tahu tapi ni pon mak aku bgtau
So get well soon Bonda.
Then ucapan VIP...
Pastu barulah anugerah cemerlangnyaa... Aku tak dapat Matapelajaran terbaik pon
aku ade lah mengharap Chem kann tapi apakan daya.
range2 je marah aku haha.
Then habis. The End. Sesi Photography and pemulangan jubah
*lawa jubah*

So sesapa ade masa tu pergi lah Open Day. 
Hmm aku nak pergi tapi tahuah aku kan jenis family man ni selalu ngn keluarga
aku nak je jejalan ngn kengkawan sesekali jumpa kan
tapi kesian lah pulak parents aku yg menunggu aku takkan lah
nak buat dunno je.

okay that's all I end it with our grad picture :D
Hope you guys like it...
*sorry siapa yang tak da dalam gambar*
cause Picture Speaks Louder Than Words


Official Picture of The Graduation Day
With my dearest parents also my biggest backbones :D
I really appreciate all the things that had given to me on that day. Thanks Allah
I love all the white teeth teens smile :D -Lorde-

with pretty STJ babes
With Straight A's babes
Hani.Qisthina.Aqilah.Ferra

#teamlawakhambar #fromCandiestoInfinites
Ue.Jimbo.Ferra.Bunny

With KPP STJ yang lawa
RAIBOS 1014 gegirls #muahciked

Pn Hjh Noraini played a good role towards us. Dia lah org yang pegang Raibois betul2
Nadia.Pn Hjh Noraini.Ferra

Rise and shine to all next generation of SPM candidates in STJ. 
Goodluck for your exam do well and make the school proud.

 Best of luck in the future RAIBOS 1014.
You guys are always a Rare And Intelligent Batch Of SETUJA
I always send you guys a good prayer. When you fall asleep tonight just remember that we lay under the same stars. Never forget me even though one day
you'll become a great man. Just to let you know that I'll never forget our memories together in the hostel. Its been a great 5 years that we shared together. 

thanks for reading these gibberish of mine
ADIOS :3

Friday 17 April 2015

Happy Birthday Shoutout


orang dia yang tengah tau yang paling pendek tu okay bye haha 

Assalamualaikum semuaaa :D

Hye for today okay pada hari ini 18 April bersempena dgn ade lah birthday minah tu
So saya ingin buat appreciation post sikit pasal dia. He siapa erk?

Nama dia Rohaiza, dah dua tahun kite org bersama masuk tahun ni tahun ketiga. Dulu masa form five aku satu dorm dgn dia. Masa form 4 dulu tak sama dorm tapi dia teman lepak jugak dekat dorm Shitake. Masa dia mula2 masuk mase jadi f4 baru tu hot gila ye lah lawooo kan aku mana lah nak tandingi dia haha. Nak kata havoc sgt tak ah dia ni sombong ahh. Okay gurau hahha. Dia actually super best (dah mcm kopi superbest) masa satu dorm dulu selalu memekak dgn dia, share lagu, share cerita. Dia melayan lagu jiwang2 yang aku rasa dah tak valid dah masa zaman ni. Tapi kite org sealu throwback lagu kite org masa kecik2 dulu. Dia  lah yang tukang hafal nama lagu.  Dia ni org yang bersahaja, mempunyai pergerakan yang unik aka (kangkang //opss) haha. Seronok buat lawak dgn dia sebab dia yang tolong hambarkan haha. Pastu dia ni x cepat touching. Dia ni jenis yang suka enjoy and malas belajar (tu betul) then bila nak dekat spm haa gelabah kau stay up.

Pastu bila plan nak stay up hmmm heremmm bukan buat pon tu poon kekadang je bila aku kejut dia tidur balik tapi cari dia tidur balik tu shetaill duduk bersila then lelapkan mata. Haha kelakar dia ni sebab tu aku #mudahterhibur . And kite org rapat ah jugak. Tapiiiii…. Dia x pernah anggap aku bestie dia (hmmm sedeyh jugak la). Yela dah ade KM kann kbye. Just kidding. Lepas tuh aku suka kenekan dia. Ingat lagi aku prank dia awal bulan ni ingatkan nak buat april fool (astaghfirullah haram!) haha so I treat it as birthday prank je lah hahaa. Pastu mencicit dia menanges dekat forestto and bunny sebab ade org tua pervert ngorat dia HAHAHAHA!

Iza, Iza… tahu tak berapa banyak tangisan kelakar aku malam tuh sebab prank kau. Dah lah kau gelabah gile masa tuh. Tapi papehal aku mintak maaf dohh. Saje nak test kau hohohoo… :D hmmm bende yang selalu kita org buat lawak pasal air milo sebab dial ah aku start beli air milo sebagai air ruji aku dekat hostel. Pastu dia ni kuat makan tapi peliknya x gemok2 takpe impian aku utk tgok kau gemok satu hari nanti moga tercapai lah. Dia teman aku buat dosa, teman aku sodorm semua lah. Dia selalu layan aku yang pemalas ni. Kadang2 kalau aku nanges dia tahu ape nak buat (tahu tak dia buat ape- she left me alone) tapi betul lah tuh dia buat ,aku kalau boleh nak space kalau aku nanges. Dia selalu ingatkan aku yang pemalas ni and banyak songeh and memilih ni. Selalu kasi aku nasihat and in turn aku naikkan semangat belajar dia.

Okay ni last panjang sgt dah ni. Terima kasih sebab kejut aku and ckp “Ferra tidur betul2” always! . Terima kasih kalau kau selau save makanan DM utk aku (tapi aku rasa aku yang buat). Terima kasih utk ayat deep kau terima kasih utk semua . Ini post yang aku janji nak buat utk kau so semoga kau enjoy baca and menanges air mata darah haha. Aku syg kau Iza semoga kau x kecewakan aku and semoga kau setia berkawan dgn aku. Muah ciked please >.<
(jangan lupa June) erceyh…

Okay thats all for today
ADIOS :D

Monday 13 April 2015

PNB Writing Test Experience

Assalamualaikum :D
walaupon harini penat gila berkuak lentang sampai KL naik KTM
tapi I still have guts to carry on this entry
so regarding to the tittle above today was a very tiring day for me
as I was called to do a writing test held by PNB
Permodalan Nasional Berhad
and so the test was held at Bangunan PNB itself

okayh KTM PATHWAY
so kalau sesapa yang x nak menyusahkan parents and nak berdikari
boleh lah amik KTM or LRT
okay kalau dr seremban
KTM -> KL Sentral
masa : 1 jm 20 minit **terms and condition apply
pastu naik LRT dekat KL Sentral and turun Ampang Park
masa : 15 minit **terms and condition apply
pastu dah turun tuh pergi cari bangunan Tabung Haji
and Bangunan PNB tuh memang dekat sebelah tuhh
so good luck :D

okay seems like,
 "how was it going?"
"Is it easy"
"come on tell me"
is a cliche questions that everyone shoot me so here it goes
" kau lepak lahhh make a good preparation on it. You can! "

so there are 3 different type of examination and the examination is 
so-called Critical Reasoning Test Battery 
(okay do you have any in mind what they gonna ask)

so the three examination are :

Verbal Evaluation -  It is about they give a short paragraph essay about economic mainly
then there is a question you need to answer weather it is A. True, B. False or C. Cannot tell
so if you cant answer it just shoot it on C haha. And be careful  as the english is high as all the words is an economic words. So keep reading economic materials but dont worry others paragraph will be like drugs, forestation and what not. and forgot to say, there are about 1 to 18 short paragraph .So then alert with time. Time is always your enemy :D

Interpreting Data - Its about basic mathematics but you are about to calculate the profit wages and everything about economies. It may be simple but twisted because a student without financial base will stuck and cry to see the question. Lol dont take it serious just kidding maahhhh >.< Hmm like always A B and C just shoot whenever times up. And like i said Time is your enemy. So be like lightning and calculate as fast as you could :D Good luck then

Diagramatic Series - this is about IQ test. they wanna test what did you see on the diagram and evaluate the flow of the diagram. This thing I suggest that if you want to pro at this try on IQ test online. Maybe you can have the idea about the flow of IQ test. And please search for diagramatic. And the test is quite tough as they hand the task in 20 minutes and they expected that you fill the 40 questions!! 

so I think that this entry can help you guys for more info about PNB. And from me best of luck okayh do well prep well :D

ADIOS :3 

Tuesday 7 April 2015

JPAMARA Interview Experiences

Assalamualaikum :D
so today tergerak hati nak share pasal interview haritu actually dah lama dah
so guys kalau nak tahu dpt ke tak Iv kene lah rajin2 check dekat portal Mara
kalau dapat tapi tak check tak ke melepas tuh

And so 25 March haritu dia panggil interview dekat UITM Seremban 3
so aku buat lah research2 semua tanya senior tanya org yang lebih berpengalaman
okay so here's the story,

dia ade dua session and dua2 session ni adalah group discussion and group presentation
satu BM satu BI.
so masa BM aku dpt tajuk Sukan and BI tajuk Leadership and Volunteerism
and Alhamdulillah I manage to jawab semua lah 
dia IV Isnin sampai Khamis tapi aku dapat masa hari rabu
so hari isnin yang aku tahu tajuk pasal pelancongan and pasal alam sekitar
selasa pasal teenage problems
so nanti agak2 lah ape yang akan keluar

berbanding dulu ade banyak session Irfan Nadim kata
ade debate lah ape lah so tahun ni berbeza sikit maybe they want to make things easier kot
so maybe untuk tahun depan pon maybe lain sebab x nak cliche sangat.
lagi satu dgr cite Iv is the last filter. Dia dah siap filter kita nye assessment yang buat online tuh
and lagi satu masa kita kene iv tuh dia filter sijil2 yang kita submit tuh
so guys insert me in your prayer
may I got this thing :D 

So this is my tips:
firstly jangan gelabah and nervous bila rasa nak buat semua tuh kau pikir lah
"aduh penat ah gelabah useless" so automatically kau takkan rasa nak gelabah
kau lepak je lah bukan Iv-ers makan org

Kalau rasa x boleh nak ckp tuh kau mcm diam jap pastu heh entah lah nak buat ape sebab x pernah cmtu tapi kalau aku ade gak buat aku akan start merapik alah buat lah pickup lines yang gempak sikit cover line ah nahhhdont worry dia tgok cara kau ckp je betul ke tak tu belakang cerita

lagi satu kau kerap lah baca newspaper tgok berita ke dengar radio Hitz.fm ke supaya improve language and boleh tambah knowledge. Haritu aku ade insert pasal Malaysia negara top 5 obesity kat asia. Actually x pernah dgr pon tu pon kawan aku bgtau masa discussion. so aku pon buat lah introduction and they really impress. So banyak2 lah immpress org dengan knowledge korang

then masa group discussion pastikan kau bukan passenger ah bagi idea banyak2 sikit pon tak pe kadang2 Iv-ers x pandang pon presentation kau sebab dia tahu ramai skang ni budak outstanding dia nak tgok working in groups kau

pastu bantu2 lah kawan kau kalau kawan kau x dpt nak ckp. Iv-ers suka kat org yang suka bantu kawan kau

Jangan conquer . ade tuh mcm dia sorang je nak ckp dr awal smpai akhir muka Iv-ers pon dah berubah dah aku pon lagi ah menyirap dia mcm nak menyerlah sendiri je. Kesian ah kat org lain. Tapi diam sgt pon x leh kene so-so lah


hmm tu je kot so pic for today :

Tahun ni berlainan sikit sebab pakai baju sukan utk memudahkan pergerakan dalam kumpulan
mesti ramai pikir sebab ade latihan kegergasan pulak kan.
actually pakai camni teringat waktu orientasi f1 dekat STJ dulu haha

So this is Qilah my perfect mate haha. Jodoh berpanjangan (peah jeles lah tu)
sebaik lah dia ade teman aku hari tu kalau tak berseorangan lah aku 
This is my schoolmate sorang dah jadi ustad hahah from right Ustaz Imran and middle Walid
dah lima tahun dah x jumpa actualy nampak Nuri jugak tapi x sama kelompok so x dpt lah nak jumpa panjang
thats all for today. Good luck guys for your becoming Interviews
ingat lah kata2 ni
"Budak straight A's melambak tapi scholarship untuk dua orang je"
#deep interviewers tu ckp haha so pandai2 lah cari soft skill korang okay 

and wish me luck for Ujian bertulis PNB hari Isnin 13 April ni kayh :D

ADIOS :3

Thursday 19 March 2015

SPM My Tecchnics And My Goals

Assalamualaikum
Bismillahirahmannirahimmmmm :D
okay so today aku terbukak Ask.fm aku adelaaaa Idk sis or bro yang mintak
Untuk aku meng-update pasal SPM highlight sikit untuk
CEMANA TECHNIC UTK JAWAB ADDMATH CHEMISTRY PHYSIC AND BIOLOGY

Credit to those yang tanya :D

Hmmmm so okayh la I made up my mind untuk berkongsi sikit
Walaupon sebenarnya technic aku x effective kat org lain unless kat diri sendiri but belum cuba belum tahu kannn
Okay the truth is aku ni tak da la pandai sangat gifted sangat
So ahhh sukati lah without any further a due

AKU JENIS CONSTANT-STUDENT
Banyak sebenarnya jenis2 student dalam dunia ni yang dicorakkan oleh diri sendiri
It starts with yourself. The turning point is about how did you fell and you wake up!
My advice is kalau u ni pelajar perempuan, jadi la constant
Because we don’t expect what gonna be to ourself right. Tapi if u were a guy so sukati lah nak jadi constant or accelerate or even worst decelerate
Selalunya lelaki akan accelerate and kita x kan expect even though dia ni budak underdog dulu
So never judges guys sebab die org ni akal melarah tapi x reti guna tapi bila dah tergadah baru reti nak guna
So conclusion nya start drpd form 4 lagi kau kene jadi budak2 ranking kat sekolah kau
Bukannya bila nak SPM baru nak mula LOL *sigh*

Lagi satu kalau nak aku ajar boleh tapi kene revise dulu ape yang kau nak aku ajar
Jangan lah suruh aku ajar fr0m A-Z memang x ah. Aku suka ajar fast learner tapi kalau slow learner kebanyakkan kene tinggi2 sikit suara. Tak caye Tanya batch ngan kawan2 aku cemana aku ajar. And camtuh lah jugak kalau kau nak suruh org lain ajar. Camtu jugak dia rasa sama jugak mcm mana aku rasa. Tapi tolong kkawan ni banyak manfaat dia. Ilmu kau berpanjangan and dpt pahala :D

Ade tips sikit. Masa aku upper form aku x de bukak buku rujukan pon so x yah la nak memabzir sgt beli buku melarah2 buat abis duit je. Nak jimat pergi ah recycle buku senior kau. Tak pon pinjam kawan2 kau punya. Negotiate lah sikit ngan  kawan2 masa dia x nak guna tuh. Tapi tiada paksaan dalam mana2 agama untuk beli buku rujukan. Kalau kaya belia ah. And kalau nak beli kene pandai pilh but don’t ask me nak beli jenama mana.

Okay lets proceed :D
Hmmmmm kita bukak subject pertama kita : AddMath
Okayh sebab ape bende ni killer sgt kat umat2 sekolah menengah padahal
Bagi aku bende ni as easy as peas (jet2 sikit)
Mase upper form x pernah x dpt A tapi trial aku je B+ sebab ade kesakitan yg tertanggung masa tuh (who knows right)
Hmmm susah? Mentality je tuh dik oih. Senior kau ah suka takut2 kan dah dia x belajar betul2
Then dia condem and takut2 kan kau kau lek je
Okayh to STJ anda sgt bertuah kerana dapat cikgu2 Add yang masyuk
Ok my technic is baca nota. Aku suka buat nota masa cikgu ajar. Jgn malas please,
Anggaplah yg cikgu ajar tuh precious gila pastu x nak bagi hilang just in a blink kau buat ah nota.
Walaupon nota tu kau sorang je yg paham just go on lah. Jangan lah kau peghati je cikgu ajar Add tuh kat depan at least catat catit lah sikit. Then masa nak exam tuh kau baca lah satu2. Kawan aku pernah ckp aku gila sebab aku baca nota add bukan buat latihan.
Aku sebenarnya malas nak buat latihan sebab latihan tuh cliché sgt. So aku baca lah step by step nota2 yang aku buat. Latihan tu mesti buat lah. Aku jarang buat tapi kalau kau slow learner kau buat lah. And jangan malu untuk jerit kat dalam kelas -Yes Aku boleh buatttt!!! Sape nak aku ajar….?
Sebab bende tu akan release kan tension. Bayangkan bende2 yang susah kau dapat buat so rase puas akan timbul di situ
Satu lagi kau kene kerap berguru dengan cikgu2 and GM and kawan2 kau yg lejen tuh
“Walaupon bodoh untuk 3 minit tapi pandai selama2nya tak pe”
And jalan kerja tuh kalau boleh rare sikit tapi jangan rare sgt biar mudah cikgu nak tanda.
Budak STJ galakkan lah diri anda untuk membaca module2 cikgu Hashimah tu.
Masa nak dekat SP banyakkan latihan lagi2 skang ni main ngn KBAT
so tu rezeki masing2 lah KBAT tuh yang pasti sebenarnya jalan kerja sama je tapi soalan je yg berbelit. Al jangan risau ah guys by the time u will get used to it :D

Aku sayang nota aku nanti aku dah ade cucu maybe aku pass kat dia kot hhahaha
#precious
Okayh next my favourite subject- Chemistry
Aku tak tahu lah kenapa minat sgt maybe sebab bende tuh susah and kau nak jadi rare yang kau sorang je pandai bende2 rare ni (paham tak ape aku ckp LOL)
Tak susah mana lah complicated sikit je lancar2 dahh and paham ape yang kau lancer dah.
Maybe sebab module Chem STJ k0t yang lengkap so x de ah susah sgt nak belajar
But subject last f4 n f5 tuh kene bukak buku tebal gak sebab x kan lah kau nak expect cikgu bagi banyak general info kat kau. Pandai2 lah pikir kot.Manja sgt tuh.
Bila dah habis chapter or semua chapter masa tuh la best nak buat revision.
Sumpah best revision chem. X perlu de buku tebal2. Okayh chem ni kene buat latihan
Berpijak di bumi nyata bak kata Teacher Gee. Haha #tb
Mcm belajar Medic kene lah theory+practical
Tak leh la kau belajar atas awan je theory je. Kene practice lah. So my saranan is buat buku past year and beli buku latihan sendiri. Aku ade dua buku past year oh x tiga kot. Satu aku buat sendiri satu untuk buat ngan teacher satu lagi buat koleksi hahhaa…
Kene rajin gak browse2 periodic table masa but latihan catat lah Mg Au Cu Fe Rb tuh ade ape.
Kau kene minat dekat semua element baru boleh kau belajar chem. And cara nak jawab soalan InsyaAllah nanti cikgu2 kau tolong la bagi ceramah ke bengkel ke ape ke pandai2 ah
Okay so sum up for that kalau nak score chemistry kene suka explore sendiri.

 
Sila sayangi module anda yang lejen2 kasi. Jangan simpan merata2 menangis kot kalau hilang
After that- Biology
Sangat2 best bila belajar paham sebab its all about things around you. Tak minat macam mana pon kene paham dan INGAT. Bio ni to be honest memang senang nk paham nak belajar tapi susah nak score sebab dia punya markah precise tak leh kene tinggal satu patah scientific name pon. Jangan buat essay yang merapu kalau kau x reti nak explain. Memang x de kaedah lain dah nak score Bio ni kau kene RAJIN BACA dan RAJIN HAFAL,
HAFAL HAFAL HAFAL HAFAL!!!!!!!!
Walaupon bende tuh kau lah yang paling malas sampai dpt tittle raja pemalas sekalipon kau kene buat gak
Okayh buku yang aku revise is BIO SCORE. Tak tahu ah sape founder dia tapi memang superb lah sebab ape yang keluar exam paper exactly dalam tu and permarkahan pn sebijik dalam tuh
So sebelum masuk kelas pon kalau kau x pernah belajar sekalipon bende tuh tapi kau rajin baca InsyaAllah kau dapat. Yang penting buku tu paham lah. Setiap org berbeza tapi sukati lah nak ikut ke tak for sure aku x paksa… (promoter tegar Bio Score) Lagi satu Haffa Izzah ni korang kene
Suruh cikgu jemput dia lahhh walaupon dia laju tapi boleh je kalau kau dah habis revise f4 f5 by yourself.

Nampak tak buku ni mcm vintage haha dah dua geenerasi pakai so dia macam nazak sikit

Lastly- Physic
Okayh gelak sikit HAHAHHHAHAHAHA
F4 cikgu YM yang ajar aku. Sumpah x paham and masa tuh asal kelas fizik je rasa mcm nak nanges. Sebab tak paham. Dia banyak konsep. Walaupon begitu jangan putus asa guys! Keep your head high and try reach upon the sky. Erceyhhh
So by the time I want to give up aku terjumpa buku Mozac Physic *bersinar sikit* and aku pinjam dekat akak dorm aku Kak Wan
Masa tuh I taste the sweetness of Physic tak tahu kenapa bila belek2 je buku tuh baca je satu2 and then buat latihan sepertimana step yang ditunjukkan dalam tuh aku rasa mcm physic ni senang lagi2 bab f4. Walaupon dulu sampai skang aku menyumpah2 phy ni smpai nak masuk U ni aku x nak jumpa subject physic lagi. Betul takk tekaan aku, korang mesti minat bab2 physic yang tak berkaitan ngan mesin and electrics and electronics. Betul tak?
Tapi sebenarnya tu lah paling senanag nak revise. Aku mengaku masa nak dekat SPM aku amik masa 3 minggu utk revise Physic je setiap hari physic smpai objectives aku dapat 47/50 baru lah aku stop. Kalau nak jawab subjectives make sure guna ayat sempoi tapi biar paham.Jawapan dia kau buat panjang2 tapi skema ckp 2 ayat je tak ke frust tuh. Kene banyak buat latihan ah smpai kau betul2 mahir. Aku pon x leh nak ckp banyak pasal physic niyh sebab niyh lah subject terakhir yang aku Wajib suka hahha.
Buku ni pon hampir nak masuk kubur. Sebab tekun sangat belek2 buku ni sampai muka depan pon dah tercabut

So memabantu tak entry ni? Please comment kayh if u want more. Hopefully banyak lah reader from budak2 yang baru nak masuk f4 ni. Sebab waktu f4 ni lah nak tunjukkan kan kejaguhan kau. Bukan dekat kes didplin tapi dekat killer subject niyh, Find the interest inside yourself. Without it you never gonna reach the end. Jangan paksa diri belajar kalau dah tersengguk tu means kau kene take a nap 10min n suh kawan kau kejut and jangan smpai terlajak lak and lagi teruk kawan yg kau suh kejut tuh terlajak sama #tb

And if you wanna find out more pm lahhh ye jgn memalu. I have many social net just to reach you guys (terharu tak). Ingat kalau pandai tapi perangai x okayh memang x kemana
Semua org takdir berbeza. They have highs you have low as the earth is round you someday gonna be up and they will be at the bottom. Trust Allah. Rely upon him. But what is friend means to you? We should be completing each other spaces :D #hostellife


Okayh that’s all kot . Last but not least, doakan my future, my becoming interview my scholar. Medical Student to be :D

ADIOS :3