Something ends because there is something better lined up in the future

Something ends because there is something better lined up in the future

Sunday 12 June 2016

Aku dan Wan

Tadi solat isyak ku diapit oleh kanak2 perempuan berumur dalam lingkungan 7 tahun…

  Tersentuh aku nampak ibu yang bersusah payah membawa anaknya walaupun anak2 mereka sekadar mendirikan solat dan mengikut pergerakan imam. Namun, itu adalah langkah ibu bapa yang prihatin tentang ilmu agama kepada anak2nya. Pada hari ini, aku tak tahu kenapa aku rasa sungguh beremosi. Pada salam terakhir ku, aku mengalirkan air mata. Aku tak tahu kenapa aku tak setabah seperti sedia kala yang sering menahan air mata.

Wan.

Aku teringat akan wan yang berada di rumah. Sebak harini mungkin ternampak anak kecil yang mengikut ibunya ke surau untuk berjemaah. Begitu lah hidupku beberapa tahun dahulu semasa aku masih kecil. Tetapi bezanya, aku sering mengikut wan kemana sahaja dia pergi. Wan merupakan ibu kepada mama. Daripada kecil aku dibela dan diuruskan oleh wan.

  Dulu sewaktu aku masih kecil. mama dan ayah sering tiada di rumah. Mereka berdua bekerja bertungkus lumus untuk menyara hidup kami sekeluarga. Rutin seharian mama dan ayah sememangnya sibuk, sebab itulah wan tinggal bersama kami sekeluarga dan menjaga kami tiga adik beradik, yang pada waktu itu, adik aku tiada lagi. Aku sangat manja dengan wan. Aku hanya mengharapkan dia sejak aku kecil lagi.

  Dulu yang mencebok berak ku dan yang memandikan aku adalah wan. Tak dapat bayangkan kalau dari kecil wan tidak mengasuh aku. Yang paling aku rindu adalah masakan wan. Memang tiada tandingan. Sup yang wan masak sangat sedap. Teringat dulu, waktu aku memandang jijik kepada sup petola yang wan masak oleh kerana rupa petola itu sendiri. Namun, sejak wan mengajar aku makan sup petola tersebut, aku mula suka akan petola walaupun sebenarnya pahit. Mama kurang memasak pada waktu dahulu oleh kerana jadual hariannya sangat sibuk. Aku tak kesah kerana sedari kecil aku diajar untuk berdikari.


Kini tiba masa untuk sembahyang terawih. Saat imam melaungkan, “Allahuakbar!” tiba-tiba airmata aku mengalir lagi. Rindu yang teramat sangat kepada wan. Sesuanguhnya wan adalah nenek yang paling aku rapat berbanding nenek disebelah ayah aku. Teringat dahulu, selalu dalam bulan puasa wan yang akan ajak aku solat terawih disurau. Begitu juga pada hari- hari biasa, setiap maghrib isyak kalau adakuliah disurau wan akan bawa ku kesana. Kami akan pilih tempat paling tepi sekali. Wan selalu bangga memperkenalkan aku sebagai satu-satu cucu perempuannya anak kepada satu-satunya anak perempuan wan, kepada rakan-rakannya. Ya mama juga merupakan sorang sahaja perempuan dalam keluarga. Rindunya aku nak berjalan ke surau bersama wan. Sekarang aku hanya berjalan kaki seorang diri untuk ke surau. Kadang-kadang kalau ayah balik kerja awal aku akan berjalan kaki bersama dia. Mama tidak ke surau oleh kerana masalah otot-otot yang sudah tidak kuat. Kadang-kadang kalau aku takut aku akan menyunruh Farid untuk teman kan aku. Semenjak jarang dirumah, kerana sering menghabiskan masa di asrama, aku hampir lupa kepada teman-teman sepermainan ku semasa kecil. Jadi, aku kurang sangat bersosial. Hanya bersosial apabila ada majlis-majlis rasmi disurau dan di rumah orang-orang kahwin.

  Dulu, sewaktu aku masih kecil, kalau aku tidak ke kelas mengaji, wan akan menjadi guru ngajiku. Suara wan sedap. Sedap sangat. Boleh menangis kalau dengar. Selalu waktu kecik2, kalau nampak wan mengaji, aku akan ambil bantal dan tidur disebelah wan sampai lah aku terlena. Wan lah orang pertama yang ajar aku, kalau nak sujud dalam solat, tak boleh letak kepala dekat telekung. Dan aku akan ingat itu sampai bila-bila. Wan juga selalu menjadi imam aku waktu solat maghrib. Ilmu agama wan sangat tinggi. Dulu wan berkahwin dengan arwah atuk. mama panggil beliau Abuya. Tapi aku tidak sempat nak jumpa atuk waktu tu. Atuk meniggal dunia sebelum aku lahir. Arwah Atuk merupakan Pengawai Penerangan Ugama pada waktu dulu. Mungkin wan alim bab agama kerana atuk dan mungkin kerana bapak kepada wan seorang Pak Lebai. Rindunya, rindu sangat kepada wan.

  Ingat lagi waktu kecik-kecik, zaman freehair aku, aku akan pakai tudung-tudung yang wan kasi dalam proses berhijrah. walaupun tudung-tundung wan dah out of fashion, akan tetapi tudung tu juga lah tudung permulaan aku bertudung dulu.

Dulu waktu wan kuat dan berdaya, setiap kali ada program dekat balai raya, wan akan bawak aku. Wan ni lebih kurang terkenal juga di kawasan perkampungan kami. Mana- mana aku pergi kalau orang kampong tanya aku cucu dan anak siapa, aku akan cakap aku cucu kepada Wan Fatimah anak kepada Rosman. Kelakar bila teringat balik. Dulu petang-petang selalu ikut wan jalan-jalan beriadah menegur jiran tetangga. Kadang-kadang wan ajak aku lepak rumah Mak Mon. Jiran sebelah rumah.

Tapi pada masa sekarang, wan sudah tidak berdaya. Wan jatuh sakit. Wan disahkan mengidap penyakit Alzheimer. Paling sedih bagi seorang cucu yang amat rapat dengan neneknya apabila, neneknya itu bertanya kepadanya; “Ni siapa?” . Allahuakbar. Sedihnya aku tiada siapa tahu. Dulu aku rapat dengan wan. Tapi sekarang wan dah tidak kenal aku. Mungkin sebab ini aku menangis sewaktu solat terawih tadi. Aku tiada bahu nak pinjam untuk menangis dan berkongsi cerita. Kalau lah wan sekuat dan sesihat dahulu, mungkin sekarang aku dah meluahkanya disisi wan. Wan sekarang hanya terlantar di katil (bedridden). Wan bedridden bermula tahun lepas sewaktu aku di Kulim. Waktu tu ingat lagi, aku malas sangat nak belajar sebab tiada mood. Bila mama telefon cakap keadaan wan, aku terus bangun daripada kemalasan aku. Aku nak belajar betul-betul dan dapatkan status Doktor untuk rawat orang macam wan.

Rindunya Ya Allah. Rindu sangat-sangat dekat wan yang dulu. Rindu kene marah dengan wan. Rindu nak kene cari dengan wan kalau main sampai lewat petang dekat rumah jiran. Rindu wan pujuk aku kalau gaduh dengan abang-abang aku. Rindu nak kupas bawang dengan wan, rindu nak tgok wan dekat dapur, masak makanan yang paling aku suka. Nak cakap dengan wan pun tak boleh sangat sekarang ni. Cerita aku dan wan mengingatkan aku kepada quote pada zaman sekarang ni; “I will remember you and our memories until my last breath”. Ternyata quote itu salah, kalau fikirkan keadaan wan, wan belum mencapai last breath tetapi mengahidapi sakit tua. Wan tak ingat aku. Oleh itu, jangan berjanji kepada seseorang untuk sampai akhir hayat kerana kita tak tahu last breath kita macam mana. Namun kenangan aku dan wan masih berada di dalam ingatan aku. Wan is my best childhood memory.

Sampai sekarang, wan masih diingati oleh penduduk kampong, kalau pergi surau, mesti  ade nenek-nenek, makcik-makcik dan kawan-kawan wan yang bertanyakan khabar. Wan tak pernah lupa hafalan-hafalan surah yang sering dibacanya dulu. Wan tak lekang dengan Al-quran dan tak tinggal solat sebelum dia jadi fully bedridden dulu. Semoga suatu hari nanti Allah tarik nyawa wan dalam keadaan husnul khotimah. Farah sayang wan :)