Something ends because there is something better lined up in the future

Something ends because there is something better lined up in the future

Wednesday 4 March 2015

Victory is sweeter than honey :D

Assalamualaikum. Alhamdulillah. Thank You Allah. Thank You Allah. Syukran

Forget what's gone Appreciate what's still remain and look forward to what's coming next

As you all known that semalam 3rd of March maka hari itu merupakan hari nanges sedunia memandangkan SPM announcement dibuat. Yang dpat result gempak or dapat result sadis dua2 nanges. And Alhamdulillah 7A+1A1A- ialah sebuah realiti bagiku. Hadiah untuk yang tersayang. Hadiah untuk family and siblings. Hadiah untuk cikgu2. Hadiah untuk GM and mentor. Hadiah untuk kawan2. Hadiah untuk my bestie. Hadiah untuk fan club( bajet ade). Hadiah untuk RAIBOS 1014. Hadiah untuk dormate. Hadiah untuk study group. Hadiah untuk Malaysia. Hadiah untuk senior and junior. Hadiah untuk STJ. Hadiah untuk Umat Islam. Hadiah untuk semua orang. (kalau nak mention kat sini sampai kiamat tak habis). Hadiah daripada Allah yang too precious and fragile ;D

Macam2 yang aku telah lalui untuk bergelar budak straight A's ni walaupon aku xde la Straight A+ macam ManB. So tu aku akan cerita selepas aku cerita detik2 pada hari semalam. Walaupon x dapat ape2 petunjuk melalui mimpi tapi ini pon dah ok baca sampai abis tau :D Kepada yang tak berjaya, keep moving on. Rezeki anda bukan disini. 

Cuaca haritu sejuk sangat.(permulaan cerita yang cliche)
Aku gerak K Pilah sgt awal sebab bapak aku JD K Pilah so kene la pergi awal. pukul 7 tuh da gerak da. Pergi dengan harapan pulang dengan kejayaan. Then ayah hantar pergi sekolah. Memandangkan awal lg aku suruh ayah hantar dekat musolla. Sempat lah jugak buat Dhuha dan baca Mathurat. then nak pukul 10.30 aku pergi dewan dalam perjalanan tuh ramai la junior yang menanti and salam aku. terasa hot jugak la . Masa keluar sekolah la jadi hot masa dekat sekolah kene kutuk2 sebab garang haha kalakar lah. Pastu budak2 ni bagi harapan dekat aku semua. "alah kak ferra niyh straight A ni".Then jalan2 jumpa cikgu2 amik berkat di pagi hari. Lepas tuh bila dah berbunyi dewan bila dah penuh dewan baru aku masuk. Masa tuh ramai kerumun cikgu2 lepas cikgu dah susun2 slip  SPM. and terasa ade something bila cikgu2 pandang and senyum2 dekat aku. Cuak pulak aku.

Start dengan doa and ucapan bonda. Terharu ah dengar Bonda puji. Tahniah STJ sebab no 3 Negeri Sembilan no 23 dalam ranking SBP Tahniah Raibos dan pelajar2 nyaaa. Tahun ni 36 straight A 1 straight A+. Tahun niyh meningkat drpd 2.3 lebih kepada 1.90 Ya Allah I dont know how to picture perasaan kite org perasaan cikgu masa tuh. And oleh sebab itu Bonda x berhasrat nak ungkit ape kesalahan yang kita pernah buat masa SPM dulu. haha tu ayat win. Rindu nak dengar bonda berucap. And semua kat situ dahhh berdebar2.

Then tibalah masa yang ditunggu2. Sapa yang akan naik pentas terima Slip and siapa yang akan ambil dibawah pentas. so firstly budak the one and only Straight A+ Aiman b kira bangga gak sebab classmate and KR TK walaupon aku ngn dia skang niyh haish tgh gaduh siket. Then dia sebut kelas Batani dulu. Alamak my class tetibe dahhh nak tercabut jantung... Nama pertama dia panggil Qiller then Badrul dah 3 orang dekat atas pentas. Then.....

Saudari Farah Izzati Binti Rosman. I startled flabergasted speechless mampu melompat dan peluk org terdekat, tinggalkan beg aku and naik atas pentas with the wedges tup tup tup with dub dab dub dab menangis sedu2 peluk bonda pandangan semakin kabur hanya nampak slip SPM straight A's yang bonda nak sampaikan dekat aku.
 Ya Allah . Alhamdulillah.
 sempat bonda tuturkan " Ya Allah sayangnya ade A-". Bagi  aku bukan itu sebenarnya yang aku nak pikir. Kalau lah parents aku datang tgok bende ni kalau lah die org menyaksikan sendiri one the only daughter die org naik pentas... then aku pergi belakang pentas peluk qiller and berdepan dengan dewan yg penuh dengan ibu bapa yang teringin benar anak mereka naik atas pentas. Betapa beruntungyaaa aku Ya Allah aku menyaksikan muka2 batch aku yang berharap namanya juga dipanggil. Aku tercari2 muka2 yang aku nak die org naik pentas sama2. Muka Malina muka Dayana muka budak2 yang pernah aku ajar. Muka mentee aku. muka budak2 study group  aku muka qilah qis zai sumay muka classmate aku. Muka batch aku...

then lepas dah kumpulkan smua budak straight A kite org amik gambar so keluar lah Harian Metro and Sinar.Terharunya nak turun pentas. Parents Ameer Izat dtg kat aku. Die org lah parents yng antara rapat ngn aku banyak tolong aku. "Izzati.!! Tahniah! Mak Ayah x dtg ke?" aku mampu senyum dan peluk Mak dia and cakap parents aku busy and ade mesyuarat.

Walaupon Parents aku x hadir harini, Aku rasa gmbira sgt sebab dapat buat Parents aku sujud syukur dan menangis x terkata. Especially to Mama :D lepasniyh ade lah tajuk yang membanggakan dia untuk cakap dengan kawan2 dia. Inilah hadiah paling besar pernah aku kasi dekat die org. sob sob (tetibe rasa nak nanges masa tulis ni) haha. How wonderful life is. Perancangan Allah Maha Hebat. Bagi aku doa aku telah termakbul Allah dengar walaupon aku berdoa tak bercakap kuat. Sesiapa nak doa yang aku baca boeh la wassap aku :D

Then aku Qilah Babat and Peah made a trip to semua cikgu yang sempat jumpa. Merayau lah sampai sakit kaki naik bilik guru semua salam cikgu. Muka cikgu Amira paling menyentuh aku. Sungguh dia teruja sebab Bio meningkat gila tahun ni. Ni hasil cikgu yang penat mengandung and hasil cikgu marah2 kami masa trial SBP dulu. Cikgu Amira cakap kat aku, " Dapat jugak kamu Straight A's walaupon PMR kamu x straight dulu".... Nak nanges aku sebab cikgu Amira lah paling memahami aku :D Thanks teacher. And aku ingat nak pergi musolla jumpa adek2 semua tapi x sempat. Ayah ade further Mesyuarat dekat Seremban so x de rezeki lah pada hari itu. Tak pe adik2 semua InsyaAllah kak ferra dtg lagi kay :D 

Masuk kereta je terus call mama wassap dedek and abg. Abang and dedek lah paling terasa sebab who knows adek dia yg perempuan niyh dapat menandingi dia dpat jadi anak mama and ayah yang first dapat straight A .cucu atok yang first dapat straight after aku jadi cucu atok yg dapat first dapat masuk SBP. Ayah sangat lepak dalam kereta. Tapi selepak2 ayah I can see on how he looks at me. Mata yang sangat bersyukur. Satu je yang dalam fikiran aku lepas semua dah settle. Dayana and Malina. My only bestie for 5 years. walaupon kita sama2 pernah berjanji nak naik pentas sama2 tapi...

Ya Allah happy nya harini...

so malam ni officially makan besar. Mama nak belanja dekat Kelana Resort tapi terkenangkan abang aku yang ade dekat U so x best la kalau makan x full house kan so 
makan tom yam 

(dah lama tak makan nasi)

Hard work now is all paid off

#HarianMetro - Gambar aku sumpah comel :D

#Sinar - Tahniah guys ini kejayaan kita



Muka2 budak naik pentas

My Sifu 

Alhamdulillah top 23 SBP tahun ni lega bonda nak bersara


Then teringat yang aku pernah tulis dalam satu diary,
" I wish I can write a book on how I manage to get Straight A's in SPM". So akhirnya I made up my mind nak tulis rahsia kejayaan aku itu. Tapi x termampu nak tulis buku so mampu tulis entry ini saja.

Apalah sangat kejayaan ini kalau tiada siapa yang menanti untuknyakan. (ayat merapu). okayh so now nak cerita mcm mana boleh dapat keputusan macam ni.

It start with a FAILURE. Itu lah permulaan kepada sebuah kejayaan. Aku percayakannya :D . As you all known that aku x perform masa PMR. hanya dapat 7A1B membuatkan aku terasa nak bunuh hati (berdosa bunuh diri). Ye la sapa x sakit hati. Kaau belajar dekat SBP pastu end up PMR x berapa. Kawan2 kau berpuluh dapat 8A kot. Takkan tak malu. Cakap je besar pandai nye tak. Kesian mama and ayah :(

so from that aku pasakkan dekat minda "thats it ! upper form ni akan jadi masa kegemilangan aku! for the 8A's student, just watch! budak 7A akan jadi budak ranking! Aku akan jadi kebanggaan parents and cikgu"

And I start to trekking budak2 ranking. Alhamdulillah masa upper form memang masa kegemilangan aku. Namun begitu bertapak la di bumi yg nyata :D Pandai kene ajar kawan Pandai kene tolong kawan. Mungkin kawan2 yang ajar kau tu akan doakan kau. Berkat kau ajar kawan niyh kau takkan tahu.

Then it starts with INSPIRED AND INSPIRING. Ramai akak dorm aku dapat straight A dulu so aku tgok cara die org struggle. And aku tgok perangai org2 yang berjaya. Aku tgok character2 yang berjaya. And by that aku pon teringin nak jadi macam die org. Nak berjaya x susah. Jadilah rajin. Then aku start ngn UB1 f4. Masa budak2 lain tgh honeymoon dgn PMR die org aku sibuk bertungkus lumus. Akhirnya 3rd place dalam batch after Wan and Zai. And start tu aku percaya kalau kita rajin kita akan berjaya. Kita x boleh banyak main jangan bercinta jangan buat jahat tinggalkan mazmumah lakukan mahmudah. Senior2 jugak banyak bagi kata2 rangsangan. Contohnya KPP 2010 Amzar Zul pernah bagi talk dekat kelas Batani. macam mana dia boleh jadi mcm tu. Irfan Nadim pon once dia pernah tag dekat aku masa nak dekat SPM dekat Instagram. Gambar dia punya result yg straight A+ tuh dia kata, "cuba bayangkan masa 3 Mac nanti ni result korang". Bagi aku kalau kita ade impian kita kene coretkan dalam kertas pastu tengok bende tuh hari2 supaya kau akan betungkus lumus nak capai bende tuh. Kalau kita tgok org tuh berjaya, jangan la try nak jatuhkan dia. Cuba la trek dia contohi dia tgok ape dia buat usha dia gunakan masa dia tuh buat ape.Mtivasi kene lah tinggi. Jangan pikirkan kegagalan tapi pikirkan lah ape kejayaan nya kalau kau buat sesuatu tu. Play with the psychology sikit.

After that BERKAWAN DENGAN ORANG PANDAI. its not org yang x pandai kita biarkan. No thats not what I mean. Cedok sikit otak org pandai. Then kawan yang tak berapa nak pandai tuh tarik die org supaya x tersasar jauh. For me tak de istilah pandai boddoh tapi ade istilah rajin dan malas. Macam aku masa f5 dapat la kelas Batani. Banyak gila mamat and minah pandai dalam tu. Turunkan ego masa berkawan dengan die org. jangan rase kau pandai kau x nak dengar cakap die org. Masa org lain bagi cadangan pon kene terima jugak. Jangan ingat kau tu boss. Thats why laa kita kene pandai pilih  kawan ! Selalunya f4 adalah zaman2 kesilapan org memilih kawan. Trust me ! sebab tuh laa kes disiplin f5 lagi bersih sikit daripada f4 (tapi still ada. takkan la kau baik macam malaikat). Kawan ni memang penting sebab die org lahh ade dengan kau masa susah ngn senang. Die lah yg kejut kau solat kejut kau study kejut kau kalau kau terlena lagi2 masa dekat SBP ni. hidup dikelilingi kawan dan cikgu and makcik2 dm makcik2 asrama (tetibe rindu nak buat kerja prefect).

Everyone please noted with MASA. Masa tu ape sebenarnya? Adakah emas? Adakah pedang? Adakah jam? Masa kita tak banyak 24 jam je sehari. Ramai org cakap "tak cukup masa ah kak", "aku x de masa laa banyak mcm kau ferra", "aku sibuk ah mcm ne nak study" . Itu antara ayat2 pickup line. Cuba tgok masa yang tak cukup tu kau buat ape? Salahkan diri sendiri kalau masa tuh kau buat utk borak utk buli adik2 utk marah adik2 utk settle adik2 utk main utk jalan2 utk hiter thitter utk menyanyi dalam tandas utk couple utk berdating. Memang laa 24 jam sehari tuh tak cukup tapi kalau kita save masa yang kita bazir dengan masa sia2 tuh dengan study kan ok. 

RAJIN MENUNTUT ILMU." ferra kau rajin bolehla " "ferra dah rajin do skang. borak ngan aku pn taknak". Abistu takkan kau nak jadi pemalas selamanya? common laa rajin tu akan datang bila kau rasa curiosity. Masa SPM kannn... Aku ade la rasa 'aduhai maleh naaa nak study niyh. Bestnye org lain gonjeng'. Itu semua dugaan and I said to myself, "ferra bila lagi kau nak belajar ilmu niyh kalau bukan sekarang?".Betul ape, bila lagi kau nak belajar PAI bila lagi kau nak belajar BIO CHEM PHY kalau U nanti kau x amik Scn stream, bila lagi kau nak belajar Mesopotamia kalau nanti kat U kau amik scn stream. bila lagi kau nak belajar buat karangan BM BI. bila lagi kau nak belajar semua tu. Itu lahhh mula2 aku jadi rajin. (to be honest kadang2 kalau aku penat and malas aku x belajar pon aku memekak menyanyi dalam dorm tak pon tido) sebab ape? release tension itu fitrah haha. 

SUKA LAH ANDA KEPADA MENOLONG CIKGU. Cikgu ini markas ilmu.Memang la dia ajar kau pandai and paham tapi kalau cikgu x mengiakan kalau cikgu tak reda pon kau takkan dapat doh. Rapat ngn cikgu membolehkan dia sejuk hati dengan kita. Walaupon dia marah kelas kau batch kau tapi dengan kau dia akan jadi baik. So perkataan JAMBU cikgu itu amatlah dituntut sama sekali ye anak2. Walaupon kau ni x lah se caring ferra. kau kene try jadi caring se caring Saidatul Aishah haha. Cikgu ni doa dia memang mustajab. Cikgu ni la yang ajar kau sampai pandai. Cikgu mengajar laa membuat kan kau minat dengan satu subjek. Nak share sikit lejen2 STJ niyh. Cikgu Hashimah Alias la yang first ajar aku ADDMATH sebab pertama aku minat addmath. Cikgu Noraida and Cikgu Fauziah la first2 ajar aku CHEM sebab pertama aku minat chemist. Cikgu Hjh Noraini, pergh always superb lejen STJ yang ajar BM. (aku kalau bm sejarah pai ni memang terlelap sikit. sorry cikgu) tapi bila cikgu Noraini ajak borak memang best banyak ilmu dia kasi. Cikgu Azlin memang pergh memang buku SEJARAH tu dia dah hafal da. Terkejut doh bila dia ajar kau pastu x tengok buku haha. And banyak laa lagi cikgu2 STJ that u found out hebat2. Thumbs Up sikit kat cikgu2 kita. Sebab tu kita kene ade Majlis reda ilmu niyh. penting.Tapi ade banyak cara kau boeh tolong cikgu. Tolong cikgu cegah maksiat dan masuk BADAR or tolong cikgu urus sekolah dan masuk PRS takkpon tolong cikgu cegah kes disiplin and masuk Prefect. So aku pon masuk Prefect so that aku dapat lah tolong cikgu. And selama aku uruskan asrama puteri, aku rasa enjoy walaupon penat. org lain banyak masa nak study tapi aku limited sikit. Anggaplah itu semua cabaran untuk berjaya.

PERANGAI TU JAGA . bukan aku suruh jadi malaikat masa f5. Allah nampak ape kita buat. Tolong lah jangan membangkitkan isu sensitif org lain. Jangan lah gaduh2. Perangai tu biar la lepak. Cuba tanya kawan2 aku, aku ni org macam mana. Bukan nak cakap ape. Walaupon aku ni banyak cakap and selalu singgung perasaan org tapi perangai tu kene jaga. 

Ilmu itu cahaya. Cahaya akan menembusi hati yang terang. bukan gelap. cc: Imam Syafie.

Sebab tu kenapa kau belajar x masuk? sebab ni laaperangai buat hati gelap  Kalau boleh kau tlong laah antara dua rakan yang bergaduh. Hablu minan Nas. Jaga hubungan dengan manusia. Walaupon hidup aku ni kene bash kene drop dengan budak lain aku still lepak and still be myself. For ur info Haters gonna hate hate hate untill they puas hati. Bagi aku selagi mana kau kental selagi mana kau x tertoreh dengan igauan dieorg gurauan die org kau dikira hebattttt siutt... Macam aku (kot). Org melayu memang camni lahh kau lepak je. Abistuu kene jadi perfect dulu ke baru boleh berjaya? Mana ade org perfect do...try lah jadi perfect. takkan boleh. Why not kita buat reverse psychology sikit. Cuba kawan ngn musuh kau. Takk pon kawan dengan org yang kau x pernah kawan tu. Kawan ngn semua org walaupon dia ckp belakang kau.  

SOLAT DHUHA HAJAT TAUBAT. MATHURAT. YASIN.Solat lima waktu jangan lah tinggal. Aku Inspired dengan batch KTOF pasal PMR die org. MAsa after PMR die org hari2 baca Yassin. And irfan Nadim pulak cakap Baca yassin sebelom SPM. So why not aku pikir and gabungkan Baca Yasin before and sedang and after SPM. Alhamdulillah berjaya jugak mitch match aku ni. Mathurat aku baca setiap pagi before sedang and after SPM. And paham makna kita baca. So after da paham aku mula faham mathurat ni dibaca supaya confident dengan ketentuan Allah and selain itu nak mintak hari kita di bless olehnya. Pasal dhuha pulak mama yang ajar. Dia pernah cerita after dia x pernah tinggal dhuha, rezeki dia banyak datang. Duit pon datang banyak dapat. So why not mungkin SPM ini rezeki aku kannn. Hajat and Taubat macam bestie kalau  kita nak mintak something kene lah bersihkan hati dulu. Lastly doa lah banyak2 tapi kalau doa kalau x usaha kita takkan dapat lah. Macam kita tanam pokok. tapi kalau kita x siram and kita x bubuh baja pokok tu takkan mekar and membuahkan hasi. Wlaupon kau ni tak lah sehebat mana dalam bidang agama tapi selagi ia berada di jalan Allah, Allah akan tolong jugak. Buat dengan ikhlas.

semoga ramai lagi batch di STJ yang dapat tandingi lagend2 1014 

Thanks sebab baca dan diingatkan entry ini bukan tempat aku riak tetapi aku berkongsi ilmu dengan orang yang tanya dekat aku tentang tips ini and last but not least, Good luck to all SPM candidates. Cintailah ilmu. SPM ini bukan sekadar nak kumpul berapa banyak A tapi SPM ni Allah tgok macam mana kita adapt and macam mana kita hadapi rintangan yg telah di setup untuk kita :D

P/s: kalau ade sebarang soalan sila folow saya di FB Ig Twitter and ASK.FM

ADIOS:3

1 comment:

Anonymous said...

tq so much :')