Tadi solat isyak ku diapit oleh kanak2
perempuan berumur dalam lingkungan 7 tahun…
Tersentuh aku nampak ibu yang bersusah payah membawa anaknya walaupun
anak2 mereka sekadar mendirikan solat dan mengikut pergerakan imam. Namun, itu
adalah langkah ibu bapa yang prihatin tentang ilmu agama kepada anak2nya. Pada
hari ini, aku tak tahu kenapa aku rasa sungguh beremosi. Pada salam terakhir
ku, aku mengalirkan air mata. Aku tak tahu kenapa aku tak setabah seperti sedia
kala yang sering menahan air mata.
Wan.
Aku teringat akan wan yang berada di rumah.
Sebak harini mungkin ternampak anak kecil yang mengikut ibunya ke surau untuk
berjemaah. Begitu lah hidupku beberapa tahun dahulu semasa aku masih kecil.
Tetapi bezanya, aku sering mengikut wan kemana sahaja dia pergi. Wan merupakan
ibu kepada mama. Daripada kecil aku dibela dan diuruskan oleh wan.
Dulu
sewaktu aku masih kecil. mama dan ayah sering tiada di rumah. Mereka berdua
bekerja bertungkus lumus untuk menyara hidup kami sekeluarga. Rutin seharian
mama dan ayah sememangnya sibuk, sebab itulah wan tinggal bersama kami
sekeluarga dan menjaga kami tiga adik beradik, yang pada waktu itu, adik aku
tiada lagi. Aku sangat manja dengan wan. Aku hanya mengharapkan dia sejak aku
kecil lagi.
Dulu yang mencebok berak ku dan yang memandikan aku adalah wan. Tak
dapat bayangkan kalau dari kecil wan tidak mengasuh aku. Yang paling aku rindu
adalah masakan wan. Memang tiada tandingan. Sup yang wan masak sangat sedap.
Teringat dulu, waktu aku memandang jijik kepada sup petola yang wan masak oleh
kerana rupa petola itu sendiri. Namun, sejak wan mengajar aku makan sup petola
tersebut, aku mula suka akan petola walaupun sebenarnya pahit. Mama kurang
memasak pada waktu dahulu oleh kerana jadual hariannya sangat sibuk. Aku tak
kesah kerana sedari kecil aku diajar untuk berdikari.
Kini tiba masa untuk sembahyang terawih.
Saat imam melaungkan, “Allahuakbar!” tiba-tiba airmata aku mengalir lagi. Rindu
yang teramat sangat kepada wan. Sesuanguhnya wan adalah nenek yang paling aku
rapat berbanding nenek disebelah ayah aku. Teringat dahulu, selalu dalam bulan
puasa wan yang akan ajak aku solat terawih disurau. Begitu juga pada hari- hari
biasa, setiap maghrib isyak kalau adakuliah disurau wan akan bawa ku kesana. Kami
akan pilih tempat paling tepi sekali. Wan selalu bangga memperkenalkan aku
sebagai satu-satu cucu perempuannya anak kepada satu-satunya anak perempuan wan,
kepada rakan-rakannya. Ya mama juga merupakan sorang sahaja perempuan dalam
keluarga. Rindunya aku nak berjalan ke surau bersama wan. Sekarang aku hanya
berjalan kaki seorang diri untuk ke surau. Kadang-kadang kalau ayah balik kerja
awal aku akan berjalan kaki bersama dia. Mama tidak ke surau oleh kerana
masalah otot-otot yang sudah tidak kuat. Kadang-kadang kalau aku takut aku akan
menyunruh Farid untuk teman kan aku. Semenjak jarang dirumah, kerana sering
menghabiskan masa di asrama, aku hampir lupa kepada teman-teman sepermainan ku
semasa kecil. Jadi, aku kurang sangat bersosial. Hanya bersosial apabila ada
majlis-majlis rasmi disurau dan di rumah orang-orang kahwin.
Dulu, sewaktu aku masih kecil, kalau aku tidak ke kelas mengaji, wan
akan menjadi guru ngajiku. Suara wan sedap. Sedap sangat. Boleh menangis kalau
dengar. Selalu waktu kecik2, kalau nampak wan mengaji, aku akan ambil bantal
dan tidur disebelah wan sampai lah aku terlena. Wan lah orang pertama yang ajar
aku, kalau nak sujud dalam solat, tak boleh letak kepala dekat telekung. Dan
aku akan ingat itu sampai bila-bila. Wan juga selalu menjadi imam aku waktu
solat maghrib. Ilmu agama wan sangat tinggi. Dulu wan berkahwin dengan arwah
atuk. mama panggil beliau Abuya. Tapi aku tidak sempat nak jumpa atuk waktu tu.
Atuk meniggal dunia sebelum aku lahir. Arwah Atuk merupakan Pengawai Penerangan
Ugama pada waktu dulu. Mungkin wan alim bab agama kerana atuk dan mungkin
kerana bapak kepada wan seorang Pak Lebai. Rindunya, rindu sangat kepada wan.
Ingat lagi waktu kecik-kecik, zaman freehair aku, aku akan pakai tudung-tudung yang wan kasi dalam proses berhijrah. walaupun tudung-tundung wan dah out of fashion, akan tetapi tudung tu juga lah tudung permulaan aku bertudung dulu.
Ingat lagi waktu kecik-kecik, zaman freehair aku, aku akan pakai tudung-tudung yang wan kasi dalam proses berhijrah. walaupun tudung-tundung wan dah out of fashion, akan tetapi tudung tu juga lah tudung permulaan aku bertudung dulu.
Dulu waktu wan kuat dan berdaya, setiap
kali ada program dekat balai raya, wan akan bawak aku. Wan ni lebih kurang terkenal
juga di kawasan perkampungan kami. Mana- mana aku pergi kalau orang kampong
tanya aku cucu dan anak siapa, aku akan cakap aku cucu kepada Wan Fatimah anak
kepada Rosman. Kelakar bila teringat balik. Dulu petang-petang selalu ikut wan
jalan-jalan beriadah menegur jiran tetangga. Kadang-kadang wan ajak aku lepak
rumah Mak Mon. Jiran sebelah rumah.
Tapi pada masa sekarang, wan sudah tidak
berdaya. Wan jatuh sakit. Wan disahkan mengidap penyakit Alzheimer. Paling
sedih bagi seorang cucu yang amat rapat dengan neneknya apabila, neneknya itu
bertanya kepadanya; “Ni siapa?” . Allahuakbar. Sedihnya aku tiada siapa tahu.
Dulu aku rapat dengan wan. Tapi sekarang wan dah tidak kenal aku. Mungkin sebab
ini aku menangis sewaktu solat terawih tadi. Aku tiada bahu nak pinjam untuk
menangis dan berkongsi cerita. Kalau lah wan sekuat dan sesihat dahulu, mungkin
sekarang aku dah meluahkanya disisi wan. Wan sekarang hanya terlantar di katil
(bedridden). Wan bedridden bermula tahun lepas sewaktu aku di Kulim. Waktu tu ingat
lagi, aku malas sangat nak belajar sebab tiada mood. Bila mama telefon cakap
keadaan wan, aku terus bangun daripada kemalasan aku. Aku nak belajar
betul-betul dan dapatkan status Doktor untuk rawat orang macam wan.
Rindunya Ya Allah. Rindu sangat-sangat
dekat wan yang dulu. Rindu kene marah dengan wan. Rindu nak kene cari dengan
wan kalau main sampai lewat petang dekat rumah jiran. Rindu wan pujuk aku kalau
gaduh dengan abang-abang aku. Rindu nak kupas bawang dengan wan, rindu nak tgok
wan dekat dapur, masak makanan yang paling aku suka. Nak cakap dengan wan pun
tak boleh sangat sekarang ni. Cerita aku dan wan mengingatkan aku kepada quote
pada zaman sekarang ni; “I will remember you and our memories until my last
breath”. Ternyata quote itu salah, kalau fikirkan keadaan wan, wan belum
mencapai last breath tetapi mengahidapi sakit tua. Wan tak ingat aku. Oleh itu,
jangan berjanji kepada seseorang untuk sampai akhir hayat kerana kita tak tahu
last breath kita macam mana. Namun kenangan aku dan wan masih berada di dalam
ingatan aku. Wan is my best childhood memory.
Sampai sekarang, wan masih diingati oleh
penduduk kampong, kalau pergi surau, mesti
ade nenek-nenek, makcik-makcik dan kawan-kawan wan yang bertanyakan
khabar. Wan tak pernah lupa hafalan-hafalan surah yang sering dibacanya dulu.
Wan tak lekang dengan Al-quran dan tak tinggal solat sebelum dia jadi fully
bedridden dulu. Semoga suatu hari nanti Allah tarik nyawa wan dalam keadaan
husnul khotimah. Farah sayang wan :)