Something ends because there is something better lined up in the future

Something ends because there is something better lined up in the future

Sunday, 12 June 2016

Aku dan Wan

Tadi solat isyak ku diapit oleh kanak2 perempuan berumur dalam lingkungan 7 tahun…

  Tersentuh aku nampak ibu yang bersusah payah membawa anaknya walaupun anak2 mereka sekadar mendirikan solat dan mengikut pergerakan imam. Namun, itu adalah langkah ibu bapa yang prihatin tentang ilmu agama kepada anak2nya. Pada hari ini, aku tak tahu kenapa aku rasa sungguh beremosi. Pada salam terakhir ku, aku mengalirkan air mata. Aku tak tahu kenapa aku tak setabah seperti sedia kala yang sering menahan air mata.

Wan.

Aku teringat akan wan yang berada di rumah. Sebak harini mungkin ternampak anak kecil yang mengikut ibunya ke surau untuk berjemaah. Begitu lah hidupku beberapa tahun dahulu semasa aku masih kecil. Tetapi bezanya, aku sering mengikut wan kemana sahaja dia pergi. Wan merupakan ibu kepada mama. Daripada kecil aku dibela dan diuruskan oleh wan.

  Dulu sewaktu aku masih kecil. mama dan ayah sering tiada di rumah. Mereka berdua bekerja bertungkus lumus untuk menyara hidup kami sekeluarga. Rutin seharian mama dan ayah sememangnya sibuk, sebab itulah wan tinggal bersama kami sekeluarga dan menjaga kami tiga adik beradik, yang pada waktu itu, adik aku tiada lagi. Aku sangat manja dengan wan. Aku hanya mengharapkan dia sejak aku kecil lagi.

  Dulu yang mencebok berak ku dan yang memandikan aku adalah wan. Tak dapat bayangkan kalau dari kecil wan tidak mengasuh aku. Yang paling aku rindu adalah masakan wan. Memang tiada tandingan. Sup yang wan masak sangat sedap. Teringat dulu, waktu aku memandang jijik kepada sup petola yang wan masak oleh kerana rupa petola itu sendiri. Namun, sejak wan mengajar aku makan sup petola tersebut, aku mula suka akan petola walaupun sebenarnya pahit. Mama kurang memasak pada waktu dahulu oleh kerana jadual hariannya sangat sibuk. Aku tak kesah kerana sedari kecil aku diajar untuk berdikari.


Kini tiba masa untuk sembahyang terawih. Saat imam melaungkan, “Allahuakbar!” tiba-tiba airmata aku mengalir lagi. Rindu yang teramat sangat kepada wan. Sesuanguhnya wan adalah nenek yang paling aku rapat berbanding nenek disebelah ayah aku. Teringat dahulu, selalu dalam bulan puasa wan yang akan ajak aku solat terawih disurau. Begitu juga pada hari- hari biasa, setiap maghrib isyak kalau adakuliah disurau wan akan bawa ku kesana. Kami akan pilih tempat paling tepi sekali. Wan selalu bangga memperkenalkan aku sebagai satu-satu cucu perempuannya anak kepada satu-satunya anak perempuan wan, kepada rakan-rakannya. Ya mama juga merupakan sorang sahaja perempuan dalam keluarga. Rindunya aku nak berjalan ke surau bersama wan. Sekarang aku hanya berjalan kaki seorang diri untuk ke surau. Kadang-kadang kalau ayah balik kerja awal aku akan berjalan kaki bersama dia. Mama tidak ke surau oleh kerana masalah otot-otot yang sudah tidak kuat. Kadang-kadang kalau aku takut aku akan menyunruh Farid untuk teman kan aku. Semenjak jarang dirumah, kerana sering menghabiskan masa di asrama, aku hampir lupa kepada teman-teman sepermainan ku semasa kecil. Jadi, aku kurang sangat bersosial. Hanya bersosial apabila ada majlis-majlis rasmi disurau dan di rumah orang-orang kahwin.

  Dulu, sewaktu aku masih kecil, kalau aku tidak ke kelas mengaji, wan akan menjadi guru ngajiku. Suara wan sedap. Sedap sangat. Boleh menangis kalau dengar. Selalu waktu kecik2, kalau nampak wan mengaji, aku akan ambil bantal dan tidur disebelah wan sampai lah aku terlena. Wan lah orang pertama yang ajar aku, kalau nak sujud dalam solat, tak boleh letak kepala dekat telekung. Dan aku akan ingat itu sampai bila-bila. Wan juga selalu menjadi imam aku waktu solat maghrib. Ilmu agama wan sangat tinggi. Dulu wan berkahwin dengan arwah atuk. mama panggil beliau Abuya. Tapi aku tidak sempat nak jumpa atuk waktu tu. Atuk meniggal dunia sebelum aku lahir. Arwah Atuk merupakan Pengawai Penerangan Ugama pada waktu dulu. Mungkin wan alim bab agama kerana atuk dan mungkin kerana bapak kepada wan seorang Pak Lebai. Rindunya, rindu sangat kepada wan.

  Ingat lagi waktu kecik-kecik, zaman freehair aku, aku akan pakai tudung-tudung yang wan kasi dalam proses berhijrah. walaupun tudung-tundung wan dah out of fashion, akan tetapi tudung tu juga lah tudung permulaan aku bertudung dulu.

Dulu waktu wan kuat dan berdaya, setiap kali ada program dekat balai raya, wan akan bawak aku. Wan ni lebih kurang terkenal juga di kawasan perkampungan kami. Mana- mana aku pergi kalau orang kampong tanya aku cucu dan anak siapa, aku akan cakap aku cucu kepada Wan Fatimah anak kepada Rosman. Kelakar bila teringat balik. Dulu petang-petang selalu ikut wan jalan-jalan beriadah menegur jiran tetangga. Kadang-kadang wan ajak aku lepak rumah Mak Mon. Jiran sebelah rumah.

Tapi pada masa sekarang, wan sudah tidak berdaya. Wan jatuh sakit. Wan disahkan mengidap penyakit Alzheimer. Paling sedih bagi seorang cucu yang amat rapat dengan neneknya apabila, neneknya itu bertanya kepadanya; “Ni siapa?” . Allahuakbar. Sedihnya aku tiada siapa tahu. Dulu aku rapat dengan wan. Tapi sekarang wan dah tidak kenal aku. Mungkin sebab ini aku menangis sewaktu solat terawih tadi. Aku tiada bahu nak pinjam untuk menangis dan berkongsi cerita. Kalau lah wan sekuat dan sesihat dahulu, mungkin sekarang aku dah meluahkanya disisi wan. Wan sekarang hanya terlantar di katil (bedridden). Wan bedridden bermula tahun lepas sewaktu aku di Kulim. Waktu tu ingat lagi, aku malas sangat nak belajar sebab tiada mood. Bila mama telefon cakap keadaan wan, aku terus bangun daripada kemalasan aku. Aku nak belajar betul-betul dan dapatkan status Doktor untuk rawat orang macam wan.

Rindunya Ya Allah. Rindu sangat-sangat dekat wan yang dulu. Rindu kene marah dengan wan. Rindu nak kene cari dengan wan kalau main sampai lewat petang dekat rumah jiran. Rindu wan pujuk aku kalau gaduh dengan abang-abang aku. Rindu nak kupas bawang dengan wan, rindu nak tgok wan dekat dapur, masak makanan yang paling aku suka. Nak cakap dengan wan pun tak boleh sangat sekarang ni. Cerita aku dan wan mengingatkan aku kepada quote pada zaman sekarang ni; “I will remember you and our memories until my last breath”. Ternyata quote itu salah, kalau fikirkan keadaan wan, wan belum mencapai last breath tetapi mengahidapi sakit tua. Wan tak ingat aku. Oleh itu, jangan berjanji kepada seseorang untuk sampai akhir hayat kerana kita tak tahu last breath kita macam mana. Namun kenangan aku dan wan masih berada di dalam ingatan aku. Wan is my best childhood memory.

Sampai sekarang, wan masih diingati oleh penduduk kampong, kalau pergi surau, mesti  ade nenek-nenek, makcik-makcik dan kawan-kawan wan yang bertanyakan khabar. Wan tak pernah lupa hafalan-hafalan surah yang sering dibacanya dulu. Wan tak lekang dengan Al-quran dan tak tinggal solat sebelum dia jadi fully bedridden dulu. Semoga suatu hari nanti Allah tarik nyawa wan dalam keadaan husnul khotimah. Farah sayang wan :)
 


Monday, 16 May 2016

Suka Duka USM-B 15/16 ❤

Friends till jannah 💕

Mulut berzikir hati menghafal,
Dipuji hebat merendah diri,
Tinggi lampai orangnya low profile,
Itulah Afiq abang long kami.

Dalam diam Haziq buat kerja,
Rupanya bijak tidak terkata,
Memang adat rakan semeja,
Lebihkan bekerja kurangkan bersuara.

Mulut diam otak mengira,
Wau Azriel hebatnya dia,
Dia dan cubemate berpisah tiada,
Susah dan senang diharung bersama.

Tablemate bising Amir pendiam,
Orangnya rajin jauh sekali malas,
Ligat berfikir kekadang terpadam,
Lawak Amir memang selalu high class.

Badan comel gayanya seksi,
Kamal dan cubemate selalu bersama,
Diam-diam Kamal berisi,
General knowledgenya penuh di dada.

Suara merdu bak burung berkicau,
Pandai Asyraf tak pernah sombong,
Kelas yang aman dia bikin kacau,
Terkadang hambar nak je campak lombong.

Dari Butterworth Wahi mai,
Biro akademik baktinya tersemai,
Selalu ngantuk kekadang mamai,
Tidur banyak pun tetap pandai.

Muka hensem suara menawan,
Terlihat wajahnya terasa nervous,
Nak panggil Che ke nak panggil Najwan,
Ohh kita panggil dia Mr Universe.

Dari MRSM sedia terkenal,
Bakal engineer suara tak kalah,
Siapa je yang Imran tak kenal,
Kalau ada memang tipu lahhh.

Fasih berbicara petah berbahasa,
Alif orangnya kurang bersuara,
Walaupun diam setiap masa,
Sekali dia bagi semua ternganga.

Dari Perlis Erfan merantau,
Menggalas nama KISAS yang megah,
Fizik kimia maths semua dia tau,
Sampai bio alamak kurang gagah.

Muka hensem putih melepak,
Gerak kelas ke? Awal lagi ni,
Perangai pelik mintak penyepak,
Lawak Fansuri susah nak jadi.

Ezzwan annoying sama sekali,
Pabila berfesyen sering dipuji,
Watak Belle sememangnya menjadi,
Diusik guru tak pernah henti.

Mula orientasi dah balik rumah,
Yazid seronok dibuat teman,
Dirinya dan skandal tak pernah terpisah,
Cinta terhalang dek Cikgu Azman.

 Kalau membebel serupa mak nenek,
Cerewet dia kalah perempuan,
Diakan pandang siapa ketawa mengekek,
Nak tisu? Nah Harith hulurkan.

Pertama kali bersua muka,
Rakan tertanya, " apa kena dia ni? ",
Gee selalu bersuka-suka,
Sedari dulu memang macam ni.

Farahayot sang idaman jejaka,
Duduk di depan itulah dia,
Ehh Farah tengah selfie ke?
Laa ambik gambar slide rupanya.

Sekali pandang macam mak orang,
Tengok balik Sahirah rupanya,
Disangka garang sebenarnya girang,
Nasihat berguna mintalah darinya.

Baik orangnya banyak cakapnya,
Fokus dalam kelas? Hmm susahnya,
Sekali terlelap alamak malunya,
Rasyidah memang hipster orangnya.

Dari Langkawi datangnya permata,
Telatah comel menghiburkan kami,
Hebatnya dia tak perlu dicerita,
Iffah lah kak long penjaga kami.

Nampak tinggi taklah tinggi mana,
Syana yang rendah tekun orangnya,
Tutor terbaik jadi impiannya,
Demi B3 tercinta katanya.

Adilah pendiam tapi ceria,
Kamera berpusing wau henfon canggih,
Cerita Korea tanyalah dia,
Bab itu dialah yang gigih.

Sukar didekati dijaga saka,
Afina memang sentiasa bengis,
Kek coklatnya enak belaka,
Kalau tak rasa pasti menangis.

Namanya menarik lagi unik,
Jangan dikejut harimau yang tidur,
Jagalah kau dari kena jijik,
Daripada Hajar si gadis sado.

Terlebih riang seakan ketagih,
Ros dan pedo seakan sebati,
Didi tersayang janganlah sedih,
Ros dan kawan-kawan tetap di hati.

Tawanya unik dah memang begitu,
Uniknya Darlia bakal pakar farmasi,
Walau kan terpisah beribu batu,
Didi and friends tetap di hati.

Dari Jitra Anati bertandang,
Menumpang kasih Ros dan Darlia,
Anati heroin tidak didendang,
Satukan kasih mereka bertiga.

Oghe kelate ngaji Kulim,
Dalam B2 dialah kakngah,
Tetap cantik lagi slim,
Model ke? Ehh Atiqah lahh.

Anis orangnya memang peramah,
Muka ngantuk tapi tangan bekerja,
Disangka penat buat kerja rumah,
Rupanya penat layan jiran semeja.

Orangnya periang mesra sentiasa,
Mulut becok tak kira masa,
Ilmu IT tanyalah dia,
Tudia Ferra orang Nismilan kita.

Sudah lumrah seorang Aimi,
Fikiran melayang fokusnya tetap,
Macam mana nak fokus dalam kelas ni?
Kawan sebelah asyik terlelap.

Terbaring terpusing di bawah meja,
Puas tergeliat baru selesa,
Aina dicari tak jumpa-jumpa,
Rupanya elok terbuai lena.

Ini lagi sorang pedo,
Pedo yang baik suka berjasa,
Melawak sikit mudahnya terhibur,
Dira memang ketawa sentiasa.

Ini pula genius seorang,
Kerja tak habis menulis sentiasa,
Pergi tandas diteman orang,
Hafsah pantang membuang masa.

Inilah kisah kita sekeluarga,
Harap bersatu kelak di syurga,
Andai terjumpa kita di neraka,
Tariklah sahabat pimpinlah ke syurga.

Tamatlah sudah seloka kita,
Harap terhibur tidak terasa,
Andai banyak salah dan cela,
Jemari dihulur maaf dipinta.

Nukilan;
Harith Hafizi

Wednesday, 11 May 2016

Kolej MARA Kulim : Pra-U USM dan Oddityx ❤

Assalamualaikum and salam satu Malaysia…

So here I wanna share about my unit in Kolej MARA Kulim which is Pre-U USM (all hail oddityx) yeahhhh!!! Established on 22 June 2015 (a day after my birthday. So I will remember the most) Okay so we were given name ODDITYX.

Outstandingly.Dedicated.Determined.Individuals.That.Yearns.Xccelence

Haa moga2 paham lah. Okay so kami adalah para pelajar satu2 nya yang berdiri dibawah University Sains Malaysia dalam peringkat Pre-U. tak de dah yang lain kami je laa satu dalam dunia ni. Okay antara kami adalah para pelajar tajaan MARA dan JPA. Tahun ni paling ramai JPA (79) and MARA (42) orang. Ni batch 15/16. Iaitu Kohort Ke-5. Next batch tak tahu la macam mana. Sebab dengar cerita JPA dah tak hantar ke India. So maybe mereka ni penyambung generasi di USM local lah kot hmm hmm. Okay kami antara yang akan fly India dalam course medicine. InsyaAllah September 2016 jika diberikan rezeki dan lepas syarat2 yang ditetapkan dalam perjanjian, kami akan fly. Mohon semua doakan kami semua berjaya lepas. And there are a few tajaan MARA yang akan ke branch USM di seluruh Malaysia (sedihnya berpisah dengan 29 orang tu..)

Dekat sini kami terbahagi kepada tiga kelas, USM A, USM B dan USM C (mine was USM B) 
*saja la nak bagi tahu incase nak tahu*
Okay dekat peringkat foundation semua akan belajar bende yang sama tak kesah lah medicine or Local USM. korang akan revise balik subtopic SPM, so if rasa buku waktu SPM membantu boleh bawak terutamanya Biology. physic SPM tak digalakkan bawak sebab nota lecturer dah padu.

These are the subjects:

TMX 101/102 – Mathematics
TKX 101/102 – Chemistry
TLX 101/102 - Language
TBX 101/102 - Biology
TZX 101/102 – Physics

Then you have to know about syarat lepasan untuk fly:

-Pointer CGPA wajib 3.5 keatas. (nak selamat target 3.75)
-MUET Band 4 keatas // IELTS Band 6.5 keatas
-Lepas Interview oleh USM (basically dia buat waktu Sem 2)
-Lulus ujian BTN 

selebihnya serah kepada Allah SWT. 
Tunggu surat tawaran untuk masuk degree dan teruskan kehidupan

Jadi bergembira lah anda. Nak cerita sikit, foundation USM ni senang sungguh. Tak tahu nak describe macam mana, tapi memang korang takkan terlepas drpd pointer 3.5 keatas. Yang tidur dalam kelas pun boleh dapat 4.0. Mungkin rezeki. Tapi memang lecturer suka bantu kita dengan markah carry mark. Lecturer2 semua baik2 and penyanyang, you’ll feel yourself like homie. Akak nak pesan, jangan la tolak tawaran ni kalau dapat. buat istikarah banyak2 mintak petunjuk. Hmm apelagi ek. Hmm tu jelah yang korang perlu tahu pasal USM punya unit. Anything to ask just drop your question below, InsyaAllah I will reply it sooner or later. btw if you wanna know about Kolej MARA Kulim environment you can read the previos post.

See you this 20th June 2016 dear Pre U- USM 16/17 intake
















Okay next:

MY EXPERIENCES WITH ODDITYX

Your future Doctors and pemimpin negara
Yay. Ni yang berkobar ni nak tulis hahaha. Best sumpah tak tipuu. Dalam banyak2 batch dekat KMKu ni aku rasa ODDITYX laa batch yang paling aku sayang (mestilaa sayang). Die org dah banyak ajarkan aku kehidupan. Thanks guys. Appreciate it. (kan best tulis blog boleh letak emoji.). Haih sayang nya korang. Batch ni rapat gila. First masuk dah buat High Community (HiCom). And Hicom lah berperanan memeriahkan activiti batch. That’s why senior2 jeles kte orang banyak aktiviti. Oddityx ni ramai yang rajin buat kertas kerja so banyak laa aktiviti yang dapat dibuat bersama. And the fact is, group whatsapp batch ditubuhkan sebelum daftar di KMKu.

Batch ni padu and gempak gile tak tahu ah nak cakap macam mana
(follow us on Instagram ; @oddityx)
Hahahaha sorry terpromote. No words can describe lah keutuhan kami macam mana. Kami selau care each ada. Sebab kami sayang each other. Yang lelaki jaga wanita , yang perempuan menolong lelaki. Seems like a family. NOO!! We are family. Tak sabar nak sambung kehidupan lagi 5 tahun dengan korang dekat India. Guys, don’t let me slip away, protect me as you could. Ceh tetibe sedeyh…

Things I fancy the most is the brotherhood and sisterhood that they create. Ingat dulu sebelum masuk sini aku nak jadi jahat HAHAHA and dah penat jadi baik (acah) end up, they give such a cool environment untuk jadi manusia berguna macam die org. Kalau nak tahu, die org punya background ni bukan calang2 drpd SBP yang top2 MRSM yang power2. Ade je drpd sekolah biasa2 tapi aku tabik doh die org sebab mampu dapat straight A+ walaupun duduk environment sekolah harian . Hampir semua dekat sini masuk dengan Straight A and Straight A+ (peh such an idol for me). Aku bangga doh promote korang dekat kawan2 aku (astaghfirullahalazim ter Riak pulak).Ade tuh kepimpinan hebat gila (tu yang aku jeles and tak tahan kalau boleh nak lebih drpd die org. Ha tamak ferra tamak) HAHAHAHA. Ade tuh baik gila ade tuh kerek gila HAHAH ade tuh alim gila (credit to abang and kakak DQ) ade yang sakai sentiasa ade tuh nerd gila but when they enter USM semua perangai berubah mmenjadi satu perangai and nama iaitu ODDITYX (semua jadi pelik dan mapel) HAHAHAHHA. Dekat sini everybody is accepting everybody’s flaws and edges. We accept one another. That’s why I love them. No doubt.

Rindunyaa nak gelak sama2 eventho baru dua hari tinggalkan kolej HAHAHAHAH.  Die org ni kelakar orangnya. Die org ni perfect pandai tu of course ah rajin jangan cerita, semua ada. (caling for mak mertua, amik ah menantu Odddityx ni nescaya tak rugi de HAHAHA).
Sorry selama ni kalau aku ade buat korang terasa dengan aku. Well no doubt, tongue is the most powerful sword. It may hurt anybody. Sorry jugak kalau gila kuasa. Sorry if my behaviors are rude and uncontrolled. Thanks sabar dengan kerenah sakai aku ni. Nanti Jadi Doktor sama2 kalau dah terkenal nanti jangan doh lupa aku. Aku bantai sorang2. The facst is, walaupun duduk kedah aku belum mahir lagi cakap kedah. HOHOHO

My USM-B Familia
To USM-B❤…
 know that I really really really love you guys. Best soulmate ever. Tak pernah berhenti menyalak dekat orang lain ade je perangai baru yang ditunjukkan HAHAH takpe aku terhibur HAHAHA. Walaupun quantity kita sikit, tapi sedikit tu la menyatu kan kita semua,kalau tak, tak de aku tahu Wahi pernah balik mercun dekat Kamal dan rakan2. Tak dela aku tahu alip and fayot tu pendebat terbaik Malaysia. Tak de lah aku tahu, kak pah duduk Langkawi, tak de lah aku tahu semua bende pasal korang. Hidup aku best bila share dengan korang. I treasure you guys eventhough you never see and realize, I always do it secretly (OMG CANT YOU SEE??) HAHAHA. Nampak je aku buat dunno tapi tu lah kalau hati ni boleh berkata2 sendiri, nescaya hati ni plaing banyak berkata2.

Rise and shine my B4

To B4❤…
Yeah my tutorial mate. You guys wild and crazy walaupun dua org je lelaki HAHAHA. Thanks sebab berjimba and menghabiskan masa kosong dengan main game sama2 hahaha. Aku tunggu jugak bila kita akan dapat jadi tutorial terbaik hmm sampai kesudah laa tak kan jadi HAHAHA. Sorry kalau aku paling banyak memekak. Tapi aku rasa Dyra and Syida tu lagi lejen kot dalam menyakat org dekat B4. Thanks for the memories.

Hyeee abang2 and kakak2 PRD

To PRD❤…
Yeah aku tak tahu korang manusia atau haiwan yang kita selalu panggil tu. Dengan ade nya korang, hidup aku seindah pelangi (acah). Thanks sebab meluangkan masa dengan aku. Sorry laa kalau rasa aku ni tak function or overly function. Maybe I was so-called GiKu or gila kuasa sebab semua nak buat hohohoohohoho. Sorry kayh. Tapi aku tak lah sehamak Setiausaha Agong PRD KAHKAHKAH. To bella, kita org akan berpisah dengan kau soon. Bye my bella swan, jaga diri di Malaysia. Kalau free dtglaa india. Jaga baraang2 yg kite org kasi kat kau. To syamil ingat pesan tcer Fuzah, dia tak sabar nak tgok Dr, Syamil tu macam mana lagi 5 tahun. To Afina (aka syamil and Fansuri versi perempuan) ayuh laa jadi manusia balik AHHAHAA udah2 laa tuu. To Sungo in Suro, nanti kat india kau instructor fitnest aku lagi ingat tau. To fay hmm x tahu nk cakap ape, dah2 laa tuh pedo ngn budak kecik HAHAHA. To balqis, kipidap jadi ajk ds eventho dah x de ds HAHAHAHA. Kau laaa kawan travellers aku nanti kita backpackers lagi duh kita pergi kashmir ❤.To muhsin, kipidap ngn lawak hambar to Fansuri hmm entah laa dah2 laa tu perangai suka sakitkan hati orang. Tapi aku tak kesah ahh aku dah immune dgn perangai kau sejak STJ HAHAHA. Lets continue to be pembimbing (kalau org lain nak laa..)

My homie

To Ladies❤,
thanks to cheer me up whenever I feel down and stress sorry suka sangat menyanyi smpai pecah gelas and cermin dekat cube korang. Lepas ni dah tak buat dah hohohoho. Terima kasih ajar aku erti kebahagiaan . if I slip away, please take my hand and walk together, may the ukhwah continue. Yang MARA local, jangan lost contact. Nanti boleh facetime ngan aku. Kalau nak pm aku pm laa sorry kalau kene bluetick HOHOOHOHO. Thanks tahan dengan perangai aku lalallaaalaa sorry kalau kokokkan ayam di pagi hari mengacau ibadat dan study mu di hening pagi. Terima kasih tak lekang kejut aku bangun pagi. Terima kasih mengimamkan ku dan menjadi makmum ku di dorm. Yang geng badminton tu boleh teruskan kat India. Cubemate terdekat tu thanks sangat2 banyak membantu.Banyak bende kita dah lakukan bersama. Aku hope korang ingat aku. JAngan upakan akuuuuuuuuuuu wooii!!!

Memang tak de gambar lain. ni je yang mampu 

To HiCom❤,
Thanks for the good deeds. Im happy to work with you guys. Aku tahu aku selalu krik2 kan keadaan. Sorry ade perselisihan pendapat. Kalau terambil pen waktu meeting mintak halalkan. Each of you memang peh….. kalah Najib memimpin Malaysia. Hope korang jadi pemimpin yg baik and berjaya di masa akan dtg. Maybe aku akan bersara jd HiCom di KLE hehehehe. (tu yang korang nak kan? Kkkay geraklu pape roger). Thanks berkerjasama bersama dgn aku dalam satu ajk ke biro ke ape ke ape2 je ah yang aku pegang. Thanks sebab tahan kerenah aku. Sorry kalau x f(x). korang ajar aku untuk jadi lebih berkepimpinan dan bertanggungjawab. Korang buat kerja tak dapat gaji pun, aku tahu…semoga Allah balas jasa korang mengharmonikan batch. Mungkin Allah tolong dalam bahasa lain. Thanks sensei. I appreciate it. If kalau korang makes joke and annoy me, aku tak terasa pun, ape laa sgt. Aku pernah kene lebih teruk ahaha. Chillax bro. teruskan ape yang telah dibina harini smpai akhir hayat (ceh macam wasiat pulak)



To fellow Oddityx, thanks for the memories. Kenang daku dalam doamu. Come back to India in one piece.

ADIOS :3

Kolej MARA Kulim : Finally graduated yeay!

Assalamualaikum

Abang Frank lanje gambar Kulim satu
   Hey people. Okay so now as you can see the tittle above. I wanna share about my recent college life that had passed few days ago kekekeke. I first entered KMKu ( long ago they called KMK but the name was not that decent and it also named as Kolej Matrikulasi Kedah so they switched as KMKu) , on 22th June 2015 which was a day after my birthday (yeay) so there are no reason for me not to remember my batch birthday (hehehhee). I entered here as Pre- U USM student as you can see from my prev entry I told you about my tawaran from JPA to pursue Medic in India. Okay I’ll catch later about Pre U USM in the next entry.

   About KMKu, (alang2 to lets promote my college) okay here we are divided into 4 Units
Which are:
-          Pre-U University Sains Malaysia (USM)
-          Foundation In Science Technology (FIST UniKL)
-          Matrikulasi Kementrian Pelajaran Malaysia (MKPM)
-          Program Keusahawanan Sains University Malaysia Kelantan (PPKS UMK)
  
   Yeah so kalau dalam surat tawaran tu tulis kat sini, maka benarlah anda sebahagian drpd KMKu. Hmmm first thing first, nak cakap dekat sini semua sebaya which is 18 years old for sem 1 and soon 19 years old for sem 2 ( but excluded for those yang repeat year or enter sini drpd program lain). So best lah sebab kat sini korang akan mengalami peringkat Pre-U sama2 no senior from degree and master (babe nama pun kolej) hahaha. Kat sini tak semua unit masuk serentak. Selalunya, UniKL, Matriks, UMK and last sekali USM (bukan selalunya tapi memang pun)

   Moving on, about the infrastructure, banyak yang telah diperbaharui. Tahun lpeas paling teruk and daif jalan berbatu aduh melecet kaki aku hahaha. Tapi sekarang banyak gila pembaharuan. Hey next generation, I tell you what, untunglaa korang please bersyukur, banyak bende yang kami and senior lepas tak rasa tapi sekarang semua indah2 belaka. You got new Café, new dormitories, new dewan, new foyer, and everything is new. Dan nikmat Tuhan mu yang manakah engkau ingin dustakan. Okay dekat sini as you all known, peringkat Pre-U telah ditaja wholly oleh MARA (terima kasih MARA, perkasa, menjujng amanah rakyat). So don’t have to think about your pocket money and food. Setiap bulan duit masuk RM 100 sorang. Food, ade DS, to SBP or MRSM student jangan terkejut makanan Dewan Selera (DS) sini lagi grant makanan dia drpd DS or DM korang hohohho. Air manis setiap meal. Kalua tak tahan ade air water cooler.

This is surau waktu tu ade jemputan khas Imam Muda Azhar
  Sini surau dia fully air-conditioned. Siapa yang malas nak duduk dorm or bilik boleh la lepak musolla sambal menunggu solat Jemaah. Dekat sini, dia ikut nasib dan tahun korang akan duduk Bilik or Dorm. Sebab there are two kind of places and ikut unit. Kalau bilik dia akan kongsi bersama 4 orang kalau dorm dia akan ade satu cube dua org tapi dalam satu dorm besar (get what I mean?) okay meh cakap omputeh sikit, In a dorm, they will be divided into  small sections which were called Cubes so in a cube there will be two person. Haa bagus la dah paham. Tak pe you’ll experience it later. Next to those yang minat sport, kat sini ade Gym, Padang futsal, padang ragbi, padang hoki, padang tennis, and banyak lagi ( tak puas discover sebab banyak sangat). Kat sini ade tiga jenis bilik, dewan kuliah, laboratory and bilik tutorial. Dewan kuliah dia semua air-conditioned. Lab dia semua lengkap. Cakap je la ape yang takde? Semua ada, tikus pun ade untuk di experiment kan. Dekat sini library dia ade air conditioned and selesa la nak belajar, Cuma x beberapa besar macam university lain dan tak beberapa nak kecik laa. Boleh hidup laa jugak.

This is our new air-conditioned dewan besar

  Next social life, dekat sini ade macam2 kelab. Yang paling besar macam biasa,

-          Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) – soon akan ade pilihan raya lepas semua unit masuk. Siapa rasa nak memimpin bolehlaa daftar sebagai calon.

-          Pembimbing Rakan Dinamik (PRD) – nanti boleh daftar nama dan akan di jalankan sesi interview dengan kaunselor.

-          Badan Agama Dakwah Rohani (BADAR) – Badan yang berperanan dalam memeriahkan musolla. Nak bleh masuk. Best

-          Junior Felo (Jf.) – Ni bukan persatuan sebenarnya, tapi kalau dekat sekolah menengah kita panggil dia ketua asrama/block. Mereka inilah akan berhubung dengan Felo (warden) kalau ade masalah di block.

Tapi ade je kelab2 lain yang ditubuhkan seperti Kelab Redaksi Kolej (tu yang pro dalam gadjet selalu org camni pegang2 camera dalam setiap majlis rasmi kolej and buat year book). Then ade jugak kelab2 lain yang ditubuhkan bawah naungan Unit2 tertentu seperti dekat unit USM ade Dynamic Youth Club (DYC) and Young Inventor Club (YIC). I tell you what that club amazing gilaa. Siapa yang suka invent2 barang tu boleh laa join. Once korang masuk and korang tgok sejarah die orang, korang akan rasa jeles.

Persembahan pembukaan from YIC sewaktu IEF 2015
One of DYC activuty during CSR at Kg. Temenin Baru

Hmmm what’s next?

Facts of everyday life:

-          Korang kene pakai decent attire setiap masa. Kalau ade kelas Lelaki pakai kemeja ber Tie and perempuan baju kurung bertudung.

-          Setiap pagi wajib baca Al Mathurat pd jam 7.30 pg di surau (kau akan bersyukur kalau nak dibandingkan dengan Uni and kolej lain)

-          Kelas akan start pukul 8 pagi sampai 1.30 ptg and short break. Pukul 2 ptg smbung kelas balik smpai pukul 4.30 petang and it depends on each unit. Jangan risau akan ade masa lapang diselitkan.

-          Dekat sini x de perhimpunan harian pun tapi maybe ade perhimpunan bulanan or maybe x de langsung (hahahahhaa). That’s the thing yang aku bersyukur lepas keluar sekolah menengah HAHAHAHAHHAHA.

-          Outing mingguan adalah hari Khamis and Sabtu. Rotate lelaki and perempuan. If minggu ni khamis outing lelaki, maka perempuan outing Sabtu and vice versa. Tapi kalau nak keluar setakat makan dekat kedai makan depan (Kak Sah and Satay House org beli big cup), anytime lepas waktu kelas boleh. Pakaian keluar is anything as long as you wear decent clothes. Dekat sini tak kampong sangat tak bandar sangat okay je kalua nak jalan2 food hunt. Its kedah mann.

-          Kat sini guna system kad matriks. Once you enter you have to swipe the card and once you exit pun kene swipe jugak. And ade system hotsfect. Kalau nak outing or balik kene online mintak tak perlu call felo exception to some kind of problems. Makmlum lah sini curfew boleh tahan lah jugak. Sebab terbatas sikit sebab ade Matriks. Matriks kan under Kementrian so dia macam SBP and MRSM jugak aah. Tapi jangan risau tak ketat smpai x boleh bernafas pun.

-          Jangan meletakkan harapan tinggi dekat sini. You may see the bad first impression kalau dibandingkan dengan Uni and Kolej lain. But once you realize you’ll never regret being here.

Ini adalah pakaian rasmi KMKu
Okay dah cukup kot setakat itu untuk korang mengenali Kolej MARA Kulim. Kalau nak hidup seronok, korang kene lah pandai create something different, kalau suka pergi jalan2 and suka try good new things, rajin2 laa buat kertas kerja. Jangan bandingkan dengan hidup orang yang dahulu and akan datang and jangan tanya kenapa unit die org best banyak activity. It depends on your keuntuhan sebuah batch and unit. Kalau nak lebih kerjakan lebih. Ingat, kat sini bukan belajar je, bersocial pun kene gak bersukan pun kene gak. Rohani pun isi lah jugak. Dah besar en takkan nak ajar HAHAHAHAHHAHA sorry ter emo HAHAHAH

Itu sahaja kot. Thanks sebab membaca. Membaca amalan mulia. Share2 laa dekat kawan2 apa yang korang sudah baca :D Selamat menempuhi PRE U for the next generation of KMKu. Wsihing you all the best. Jaga dir. Jaga hati. Jaga Iman.


ADIOS :3

My finest comeback!!!!

Dear Humary,
 I know its been a while since I last wrote you….

Haaa acah tak? Okay2 lets be serious. Soqyy laa hampa mana tahu aku duk kedah cemana. Dah setahun aku aku tak de new feed .so yah today since I had finished my foundation program at Kolej MARA Kulim, I decided to talk about my experienced 10 months dekat sana. Sebab ramai dah junior mai pm dm ws twitter semua tanya. Sorry lah kalau ade yang lambat di balas tu. Saya busy menghadapi final waktu tu. Okay I will share anything and you guys can ask anything since I decided to make my blog officially as travelling and educational blog ( plus diselitkan my memorable experience and stories cewah). Okay enjoy the next entry.

Adios :3